Tuesday, March 17, 2015

Selepas melahirkan anak - Apa Nak Buat

Alhamdulillah.

Dah nak masuk 36 minggu atau pun 9 bulan. Kalau nak diikut Islam dah tunggu hari je nak bersalin sebab dalam Islam ibu akan mengandung hingga 9 bulan 10 hari. Kalau dalam perubatan moden pulak sampai 40 minggu atau 10 bulan. Ada jugak yang terlajak sampai 42 minggu. Ada hikmahnya Allah lambatkan rasa nak bersalin.

Dalam menunggu hari cik laki bini cari la jugak amalan sunnah yang boleh dilakukan selepas melahirkan anak. Yang melahirkan tu nanti cik la. Suami la kena bantu sikit-sikit atau suami yang kena buat. Insya Allah moga beroleh keberkatan dalam menerima amanah dari Allah.


Info dari entry ni berdasarkan bacaan dari buku-buku cik baca. Jadi kena lah berkongsi untuk tatapan yang len-len jugak,lagi-lagi yang baru pertama kali sambut bayi.Insya Allah moga jadi panduan bersama.

 1. Alhamdulillah

- ucap alhamdulillah yang ikhlas sebab lahirnya penyambung zuriat dengan selamat.

2. Azan dan iqamat

- azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri tak kira anak perempuan atau lelaki. Sebaik-baiknya suami yang azankan. Ye la, kita dah penat sangat kan.

3. Baca surah-surah

- Surah al- Qadar, al-Ikhlas, dan al-Insyirah dan hembuskan ke ubun-ubun bayi

4. Sunat Hari Ketujuh

- dilakukan akikah sebagai tanda bersyukur, kambing atau biri-biri disembelih dan dimasak kemudian dijamu dan dibahagikan pada jiran tetangga.
- cukur rambut / digunting sedikit sambil berselawat ke atas Junjungan Nabi saw.
- tahnikkan bayi dengan membaca surah al-Insyirah dan Thaha sambil di cicah madu / kurma dan air zamzam, garam, atau gula menggunakan jari manis. Masukkan dalam mulut bayi dan ditekankan ke langit-langitnya.
- tahnik seboleh-bolehnya dilakukan oleh orang yang soleh dan berakhlak mulia.
- diberi nama yang baik-baik.

Alhamdulillah, ni antara tips yang cik dapat dari buku Nikmatnya Sakit Bersalin tulisan Isyah Radhiah Idris, isteri pada Che Amran. Cik cam suggest sangat buku ni pada ibu-ibu baru macam cik ni. Bagi suami baca jugak. Sama-sama dapat ilmu. hehehe


Insya Allah kami suami isteri akan sama-sama mengamalkan sunnah ni selepas bersalin nanti. Kalau nak tau lagi lanjut, kena la baca buku ni. lengkap tips sebelum dan selepas bersalin. Doa-doa amalan sepanjang mengandung. Semua ada.



Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Whatsapp / Telegram : 0163265401

No comments: