Saturday, August 25, 2012

Buka Puasa: Ofis Ayah

Salam Semua.

Alhamdulillah. kita dah menyambut Aidilfitri dan dah nak masuk 7 Syawal dah pun. semoga hari raya kita disambut sebagai hari kemenangan kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

tapi, punya lah lama cik nak update blog kan. entry padahal seminggu sebelum raya punya cerita, tapi dok update dah lepas raya. memang lah tak berapa nak rajin sangat kan cik ni. hehehe. tapi nak kongsi jugak. cuma caption je lah macam biasa. jamuan buka puasa je pun, itupun kat ofis ayah cik. hehehe. makan free kannnn..
yang pergi, ayah, cik, ibu, achik, dan husna.
surau, arah yang dituju. siapa yang tahu tempat ni, diam-diam sudahlah. hehehe.
sampai nak dekat pukul 7. ni bahagian yang tak penuh lagi. jadi kami yang pertama sampai la.kira ramai jugak yang datang.
makanan untuk berbuka kami. hehehehe. berbuka dengan kuih muih dan air teh panas dulu. lepas solat maghrib baru makan besar.hahahah
buah-buahan manis jangan dilupa. elok untuk perut.
yehhh..mokcik-mokcik, akok-akok dah sampai tunggu masa nak membalun kuih muih.
ready..set..go!! bila azan maghrib bebrbunyi, tangan di tadah mohon keberkatan rezeki. kemudian membalun macam tak hengat dunia.
my sister..ehem..malas nak tulis puji-pujian. hahaha
ibu dan achik. hehehe.
achik feeling model buat pose belakang pulak aiihhh..
ni makanan kat meja vip. untunglah achik dapat dok meja vip. 
ayah and the geng.miahahahaha.
barisan makanan yang banyak, tapi tak habis pun. rugi pulak tak tapau udang mentega. sedap wooohhhh..
cik tak sanggup nak ambil gambar makanan. banyak dan menggoda jiwa tau, walaupun dah habis puasa kan.
ni makanan untuk cik. makan sekadar alas perut, sebab cik dah tibai kuih muih masa buka puasa. lepas tu cik minum air tak berhenti pulak tu. tu yang kenyang tak hengat.
ni ibu cik punya. lepas tu cik kaut sikit demi sedikit bagi memenuhi nafsu yang bergelora melihat udang yang banyak.
gambar nasi lagi. bila tengok udang tu banyak kali, macam kena muntah pulak. hahahaha
berjaya habiskan makanan tanpa sedikit pun pembaziran. tahniah untuk cik.
 
muka mokcik penat. baru balik kerja, dengan jam tak berhengat, lepas tu tak sempat mandi terus gerak gi ofus ayah. kalau ikut, kat ofis shah alam pun ada majlis buka puasa, tapi cik ikut yang lagi senang la.
solat isyak dan tarawikh. ini pun ramai yang dah balik dah lepas makan. diorang ada hal kot *berfikiran positif*
ustaz tak ingat namanya tapi pernah jadi finalis Akademi Al-Quran, tengah bagi ceramah. seronok wooo ceramah dia. pasal menjaga kesihatan ketika bersolat. kira dia terang pasal setiap gerak geri solat ni kalau buat bebetul, boleh menyihatkan badan.
budak kecik yang muka masam tapi comel rasa nak geget.

ohh!!! gambar dah habis. tak sangka. hahaha. kami balik dalam kol 11 malam, tu pun sebab ayah dok bersembang dengan kawan-kawan dia. pastu dengan tetamu VIP lagi. jadi kami jadilah penunggu yang setia. hehehehe.

walaupun dah berapa hari raya, cik nak ucapkan Salam Aidilfitri, dan gambar raya, lepas ni lah kot. semoga cik ada mood dengan jayanya.

_cik kedondong

No comments: