Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 23

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, kita dah sampai ke 23 Ramadhan dah pun. cepat sungguh masa berlalu. kalau ikut ni dah kira 10 malam terakhir dimana ini adalah malam-malam kemuncak kerana kedatangan Malam Lailatul Qadar yang memberi ganjaran seribu bulan kepada umat Nabi Muhammad yang bangun malam dan melakukan ibadah. 
Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 
 jadi, marilah kita cuba mencari malam yang hanya datang setahun sekali sahaja ni.

selain dari itu, ramai dah agaknya yang dah tak sabar nak habis Ramadhan. ada yang dah pulun buat kuih raya bagai la kan. cik pun ada buat jugak, cuma cik buat siang hari cuti la. macam sekarang ni. tapi cik tak buat banyak, sebab orang jarang datang rumah. kalau datang pun, mesti cik masak benda lain. jadi ibu cik senang beli kerepek dengan kekacang je.
kuih raya ada yang buat, ada yang tempah. ibu cik tak suka buat kuih raya malam-malam. sebab dia nak berehat dan beribadat malam. cik pun tak kisah. lagi pun siang bukan buat kerja sangat pun. jadi pulun buat kuih raya je. senang.
sekarang ni bukan dok pulun kuih raya, tapi dok buat cupcake ada kawan order. nantilah cik update.

*bon appetite*

No comments: