Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku: Macam Year End Sale keluarga ku memborong!


salam errrr..hari apa ni? ouh..hari Ahad. esok kerja. arggghhhhhh!!! malas nak jumpa orang ramai. 

haih. abaikan rungutan cik. hehehe. nak cerita pasal Pesta Buku yang dah nak sampai ke penghujungnya pun. satgi malam habis lah. tapi korang pergi tak? rugi woooo tak pergi. hahaha sebenarnya cik pun tak pergi. cik kirim ayah ngan adik-adik je. haha. malas lah bersesak-sesak. tapi memang banyak gila lah diorang beli. 
ni memang screen capture kat facebook je.malas nak download bagai. kemain banyak lagi diorang shopping. ni baru sekali, hari ni diorang pegi lagi. tak tau la berapa banyak diorang beli. bilik library dah penuh sampai dah tak ada space nak isi buku. kena beli rak pulak nak tampung buku banyak.

 
bilik library. kau hade? 
kalau cuti sem, bertapa 3 bulan pun belum tentu habis tau tak? banyak gila buku. macam-macam genre ada. korang pilih je. komik, pasal ekonomi, agama, isu semasa, novel cinta, novel inggeris, perrrgghhhhh.kalau nak buat thesis pun boleh je datang. tapi journal lama la kot. dah tak valid dah. hahaha. buat bacaan boleh la kot.
 ini antara buku-buku yang diorang beli. dalam proses nak dicop. cop dia senang je. haha, cop Koleksi Ahmad Tarmize bin Abdul Razak <----- bapak ku. banyak lagi buku yang tak dibaca. cik ni tak minat sangat baca novel cintan cintun melayu ni. cik suka novel thriller, islamik, atau novel inggeris. tak pun baca majalah ilmu je. tapi rasanya paling banyak, buku masakan je la. konon macam masak tetiap hari je.
hahhh!!kemain banyak kan. macam-macam jenis. paling eksaited, adik cik beli 1Hari 1 Resepi. japgi nak kene cuba la. ingat nak buat Ayam Percik. review haruslah dekat blog makan. eyh.. cik lapar la pulak kan. kena masak lah jawabnya.

jangan lupa gi Pesta Buku. tanamkan amalan membaca. sebab membaca itu gerbang ke sebuah dunia yang baru. membaca menambah pengetahuan. cik satu keluarga gemar membaca, menyeronokkan sangat bila cerita bab buku atau majalah. boleh habis beribu untuk pesta buku je. nak tunggu Big Bad Wolf pulak. lagi mark down sale.

nota tapak kaki berkerak: tengah ambil mood nak baca novel Ramlee Awang Murshid.

_cik kedondong

2 comments:

mizz miaizzati said...

makk aihhh banyakknyeeeee...

cik kedondong said...

huhuhuh..buku menggunakan duit ayah, haruslah banyak..
btw, thanks for reading..