Monday, March 12, 2012

Tangga berliku menuju kejayaan!

salam Isnin semua!

dah tengah hari baru nak ucap selamat. hahaha..cik bukan bangun lambat ye, cuma draft dah ada, tapi penyakit M datang tu yang tertangguh je.

entry hari ni tak ada la istimewa sangat. cuma cik terbaca artikel dekat Yahoo! tu yang tetiba je rasa nak buat entry kan. cik baca artikel pasal tangga yang terhebat di dunia [klik]. jadi macam seronok pulak tengok tangga berpusing dan cantik-cantik belaka. tangga pun berseni gitu. sekarang tangga bukan sekadar tangga je, kadang-kadang tangga dah jadi satu ikon pada sesuatu tempat. macam kita rakyat Malaysia tahu, bila sebut Batu Caves, semua orang akan terbayang tangga yang tinggi kat kuil Batu Caves tu. jadi tangga ni dah jadi simbolik pada sesuatu bangunan atau tempat tu.
Duisburg, Germany
siapa lah yang rajin yang rajin nak menyeberang tangga macam ni. kalau cik, cik rela la jalan atas rumput tu.
 San Francisco, CA
tangga di San Francisco ni pulak dihiasi dengan marble gitu. membuat bentuk-bentuk laut la dan sebagainya. kira tangga ni tinggi jugak. bermula dengan laut, kat atas sekali korang macam kat langit. dah macam Stairways to Heaven pulak kan? cuma korang belum sampai syurga lagi la.
 Mount Rainier, WA
ok, cik tak suka tengok tangga berpilin macam ni. sebab memeningkan kepala. lagi satu, dia macam tinggi sangat dan melekat dekat pokok. tak selamat pulak rasanya.
 Abhaneri, India
tangga ni pulak di India. sebenarnya tempat ni macam telaga, kira tempat digunakan untuk menakung air hujan jugak la. jadi tangga-tangga ni ada lebih kurang 3500 anak tangga dan kalau tengok pada gambar memang agak dalam la jugak. tapi tempat ni dah tak digunakan sangat dah.
 Zhangjiajie City, China
tangga kat sini lebih kurang macam tangga kat Batu Caves. cuma kuil Batu Caves tu masuk dalam gua. yang ni pulak macam lalu antara gunung. kepercayaan masyarakat disini, tangga ni menuju ke pintu ke syurga. berliku-liku tu. 
 Porto,Portugal
tangga yang cantik ni telah menaikkan nama sebuah kedai buku bernama Lello. besarkan kedai buku sampai boleh buat tangga macam ni. tinggi dia tak tahu la macam mana. tapi mesti seronok masuk kedai buku yang cantik. masuk Kinokuniya pun cik dah teruja habis dah.
 Melk, Austria
tangga ni pulak berada dalam perpustakaan di Austria. tangga ni menghubungkan ke bilik-bilik yang lain, tapi malangya ia tak dibuka kepada orang ramai. tapi mesti pening nak tangga macam ni.
 Milan Italy
tangga yang unik ini adalah tangga di dalam bilik-bilik di salah sebuah hotel di tengah bandar Italy. menggunakan kayu dan dilekatkan di dinding membuatkan tangga ni nampak macam terapung. selamat atau tidak cik belum cuba lagi. tapi mesti la selamat kan? kalau tak, mesti dah ada kes terjatuh dari tangga ke apa.
 Doha, Qatar
yang ini pulak, tangga di Muzium atau Kompleks yang menyimpan barang-barang atau hasil seni Islam. tu sebab motif rekaan dia nampak ada bercirikan Islamik sikit. 
 Greenwich, England
yang ni cik tak tahu nak cakap apa. gambar ni memang cantik dengan tangga berpusing lagi dan dihiasi pemegang dengan besi yang bermotifkan bunga-bungaan. bila tengok lama-lama, macam keliru, gambar tangga ni dari bawah atau dari atas.
UiTM, Puncak Alam
hahaha..yang tangga ni tak termasuk pun dalam rekod, tapi bagi cik tangga ni memang memori la sebab cik pernah belajar kat Puncak Alam. jadi sebagai 1st batch, cik dah merasa naik turun tangga ni sampai demam, sampai makan pun lapar balik.
gambar ni cik ambil dari google. terima kasih tuan punya yang cik tak tahu siapa, sebab blog yang sebelum ni pun dia tak kredit kan pada tuannya. jadi dah jadi kes plagiat pulak. gambar cik masa Puncak Alam pun banyak yang kena curi. jadi sejak tu cik taruk watermark dekat setiap gambar ci. tapi cik memang suka la duduk kat Puncak Alam sebab sejuk dan terasa sangat nak belajar sebab rasa macam kawasan kampung. tapi kalau lepas ni Puncak Alam dah naik, tak tahu la pulak.
ehsan dari abang google

nota tapak kaki berkerak: jangan mencuri hasil orang lain. sekurang-kurang nya, berikan kredit pada tuan punya. bukan kredit top up tau. nak bagi pun boleh.

_cik kedondong

No comments: