Wednesday, February 29, 2012

Terjah: MBG

*update sebab kena marah ngan kawan.salah nama kedai.padahal dekat cup dah terang2 nama kedai ni MBG -_-" LoL

salam semua.

sihat tak hari ni? cik dah makin tembam..bam..bam..masih dalam proses 'pengurusan dan pemantapan badan buat tatapan bakal suami terchenta'..cewahhh..lama pulak nak menguruskan badan. cik memang ada masalah sikit bab-bab nak kurang makan nasi, makan sayur dan buah lah, banyakkan bersenam.adeeeeiiii..nak suruh cik bersenam, boleh, tapi nak suruh cik kurang makan nasi, adudududududu..rasa macam ditinggalkan laki je. seksa tau tak. tapi kalau tak kawal, nanti memang betul-betul kena tinggal laki. mahu tak mahu kena la teruskan jugak.
selain tu, cik memang masalah sikit nak makan sayur atau buah-buahan semua tu. kalau boleh cik nak semua dah dikisar habis. tak tertanggung cik rasa yang tak berapa nak sedap tu. tapi hari ni cik berani kan diri mencuba air buah-buahan di MBG. cik beli dekat Plaza Alam Sentral je. kata pun dekat dengan ofis konon nak rasa minuman berkhasiat la kan. 
 banyak jenis-jenis air buahan campuran dikisar. memang original habis. tak ada perisa tambahan ke, pewarna tambahan okehhhssss!! semuanya rasa, warna, dan bau datang dari buah-buahan tu. hari tu cik dah rasa kawan cik beli fresh oren. memang dikisar dari oren, tak ada gula, ais pun tak taruk. satu cawan tu memang penuh dengan oren sahaja. memang puas hati sebab manis-manis masam je.
cik cuba minum air campuran macam kat atas ni.  pekerja  MBG  ni kisar depan kita, jadi kita nampak la apa yang diorang masukkan. jadi sebagai pengguna kita tahu la yang diorang tak menipu.


 inilah hasil kisaran buah-buahan cik. warne oren macam lobak, tapi rasa nenas je. memang terbaik la. cik dah  la ada masalah penghadaman. habis je minum, terus duduk dalam jamban membuang sisa toksik. memang puas hati. hahaha. 
 kawan cik pulak, di order air campuran buah naga, epal, dan yogurt. rasa dan warna memang terbaiklah. tapi cik ni kurang sikit dengan rasa buah naga, jadi tu pasal cik tak nak order. tapi bila rasa kawan cik punya, rasa epal tapi warna memang buah naga. minum je, lidah, bibir dan gigi terus jadi ungu.hahaha. memang dah macam zombie dah cik tengok kawan cik tuh.
apa-apa pun beli air kat  MBG  ni memang terbaiklah. tapi nak beli selalu memang tak mampu. air cik ni satu cawan dah RM6.50. kalau minum tetiap hari, memang la habis perut. jadi cara yang terbaik, ialah buat sendiri dekat rumah, sebab RM6.50 tu boleh dapat epal dan oren. lepas tu blen sendiri lah. hehehehe.

kedai: MBG
tempat: dekat escalator, depan Kenny Roger's, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

psstt: rasa nya cik kena buat sendiri lah kat rumah. nanti kita main kongsi-kongsi resepi air nak?

*bon appetite*

1 comment:

snuMun said...

kite pun tgh otw lose weight...hehu..tghari amik nasi sebesar genggaman (ikut tips kevin zahri), 2 jenis sayur (mesti lg bnyk dr nasi) and ikan. banyak buah...smgt exercise. *kdg2 malas gak :p*.