Wednesday, April 1, 2009

HAWA DICIPTA DARI RUSUK ADAM

pagi yang dah nak dekat tengah hari,cik di buzz oleyh kak piaSmile.die suruh bace satu cerita yang menyentuh hati cik yang sememangnya fragile ni.meyh sama2 kita layan crite ni.kisah yang membuat cik berfikir tentang hidup..

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi.
Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

dulu kawan cik selalu cakap,

TELAH DITAKDIRKAN HAWA DICIPTA DARI RUSUK ADAM.MACAM MANA BENCI PON DENGAN ADAM, HAWA TETAP AKAN KEMBALI PADA ADAMNYA.

cik sangat suke ayat tu.sebab dulu memang cik benci lelaki.tapi skang tak lagi.sebab cik nak cari ADAM cik.StickingOutTongue
uhuks..ayat jiwang..

_cik kedondong

12 comments:

Indera said...

itulah namanya cinta adam dan hawa!
uhuks menyentuh perasaan. bagila kat kerumuru yg kata "semua lelaki tu sama jer"

eatmyshort said...

demm
aku nak kawen dowh..
dlm kepala otak aku pikir kawen jer
gatalkah aku?
hahaha

Aaron Frank said...

Arghhh...! Sayunyeee..... ^^

shamimi said...

msh tercari2 lg tulang rusuk tu. Hihi...

cik kedondong said...

eatmyshort-hmm..aku rase ko bukan gatal..mungkin da sampai seru ko nak kawen kot..ala..ko kawen jauh la nnti

aaron-rilek aaron..jangan nanges.heheh

shamimi-mari mencari rusuk2 buat roasted ribs..hehe

Shafia said...

Sangat realiti dan emnyentuh hati! only one thing that important is,appreciate what u nave,before it's too late!

p/s:menyesal dulu pendapatan,
menyesal kemudian xde la
pendapatan lebe. hahahahahaha

eatmyshort said...

ah, ko kene dtg gak kalo aku kawen nnti
ahahaha

cik kedondong said...

shafia-hehe..nengok la kak..kite layan je

eatmyshort-haih..ko kene sediakan accomodation la..tiket kapal tebang tahan lagi

meo188 said...

teringin nak makan sup tulang

cik kedondong said...

sup tulang?sedapnye
kat ani sup ade

a s m said...

still cool bebeh

cik kedondong said...

asm - thanks