Wednesday, March 21, 2012

Kamu tak memenuhi syarat syarikat kami.

salam di atas.

ayat di atas adalah ayat yang paling menyampah kita nak dengar bila kena temuduga. tapi nak tak nak kena dengar jugak.

nak dijadikan cerita kawan cik ada mintak kerja yang ditulis qualification ialah Diploma / Degre in any fields. kalau dah tulis macam tu mesti lah kita akan apply kan. asalkan ada Diploma atau Ijazah. jadi kawan cik ni mohon la pekerjaan ni. dan dia pun dipanggil untuk temuduga. 

lepas tu yang menyakitkan hati, pegawai temuduga tu belek-belek la sijil dia segala bagai kan, boleh pulak temuduga tu kata 'Kos kamu ni tak sesuai dengan jawatan yang kami ada. Kami perlukan orang yang dari kos bla..bla..bla.. ada pengalaman bla..bla..bla'. memang naik la suhu kawan cik ni. bila cakap camtu, memang menghabiskan duit dia jugak la, nak naik bas gi interview, dengan nak cuti dari kerja yang lain, memang berapi kawan cik kat situ. tapi dia diamkan aja (haih la kawan, tinggi betul tahap kesabaran mu).

kadang-kadang cik rasa orang yang buat iklan kerja ni pemalas kot. kalau dah pekerjaan tu melibatkan akaun-akaun ke, kerja-kerja pejabat ke apa, letak sikit qualification yang spesifik. jadi orang tau kitorang ni boleh mintak ke tak. ini tak, gi tulis Diploma / Degre in any fields, memang sah lah ramai yang memohon. lepas tu rugi masa kitorang rugi jugak masa penemu duga dok interview orang yang tak layak atau tak sesuai. menyakitkan hati lagi.

nota tapak kaki berkerak: cik masih mencari kerja lagi. kontrak mungkin habis 31 march. itu pun belum tentu dapat sambung. rasanya kaki kipas dapat la kot.

_cik kedondong

No comments: