Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf: masa untuk borong majalah dan novel.

salam semua. selamat hari jumaat. walaupon jumaat nya dah masuk hari sabtu dah pun. tapi nak ucap jugak. minggu ni macam-macam jugak dah berlaku. cik dah tukar status hak pemilikan..hahahaha..kemain lagi ayat. lepas tu pening-pening nak cari kerja tetap lagi. harap segala urusan dipermudahkan-Nya. semoga rezeki melimpah ruah dan urusan dipercepatkan. hehhe. urusan napa, yang dah tau boleh diam-diam, yang tak tau, sila paham-paham sendiri.

hari ni Jumaat kalau kat kerja ofis memang panjang la rehatnya kan. kebetulan pulak kawan cik ajak pergi Karnival Buku Karangkraf 2012 dekat Shah Alam Seksyen 15. dekat je sebenarnya dengan ofis cik. tapi dekat pun jauh jugak la kalau nak jalan kaki.
poster untuk karnival ni. cik pergi lebih kurang 6 orang termasuk cik lah. kebetulan pulak kawan cik bawak DSLR dia, memang dok melenjan kamera tu la. kamera canggih nak beli bukan tak mampu. tapi macam ada je yang lebih penting. sekarang ni pun kene hold jugak nak beli kamera tu. huhuhu. makan hati je la kan.
 inii lah rerakan yang mengikut rombongan cik kiah ke Karnival ni. pemandu nya yang kecil molek paling kanan sekali. tak de gambar dari depan sebab biarlah rahsia. hahaha..
 pejabat Karangkraf.
 ok. gambar ni cik nak cuba amik dari atas. tapi disebab kan cik ni pendek, angkat kamera tinggi-tingi pun tak ada efek langsung. sama je macam cik tak angkat. tapi rasanya kalau cik tak angkat lagi teruk kot.

bila masuk je, booth yang panjang-panjang ni semua kebanyakannya booth novelis. tengah jenjalan tu kan cik jumpa kak Shahriah. tak kenal? tengok gambar bawah ni. kenal tak?
 siapa pandai memang cik bagi tepukan maut kat bahu la. kak Shahriah ni jugak salah seorang top 10 Masterchef Malaysia.  tengok kdalam tv nak cam tembam lak akak ni. tengok live kurus je weyhh.. tipu betul tv ni.
 amik gambar sama mestilah wajib. kalau kak shahriah yang kurus pun jadi tembam, apatah lagi aku yang tembam ni. mesti lagi tembam..bam..bam sampai penuh skrin dengan muka aku saja. kak shahriah kata, esok (sabtu) dia akan buat masak-masak lepas tu geng-geng Masterchef dia akan datang jugak. haaaaa..sapa nak cuci mata, sila datang cepat.
 dah puas amik gambar, apa lagi, jalan - jalan explore tempat la. cik ni tengah tak de duit, jadi tak ada nak shopping sangatlah kan.
 pentas ni nanti ada konsert kot. nak tau aturcara boleh scroll down laju-laju ke hujung entry tengok aturcara. pastu scroll up laju-laju sambung balik baca kat mana korang berhenti. hehehe.
 selain dari buku, dah nama nya pun karnival, memang banyak jugak jualan la. ada kereta, mekap, baju, tudung, siap ada pameran motor, makanan memang wajib la. kalau tak, kelaparan dan kebuluran la pengunjung yang datang kan.
 cik singgah di booth Rasa sebab nak jumpa kawan lama cik. nak tau siapa? sila scroll ke bawah. hehehe. ni kawan masa sekolah, lepas tu ijazah jumpa balik. tak sangka dia kerja dengan karangkraf pulak kan. tu yang dia menjaga booth ni jugak. esok ada demonstrasi masakan oleh kawan cik ni. jadi datang ramai-ramai.
 say hi to kawan lama cik kedondong =)
 ni cik singgah kat booth majalah Pengantin. siap ada photoshoot pengantin bagai. mekap pon ada jugak. ini je la yang cik tuju. nak beli majalah dia macam mahal sangat. lagi-lagi time tengah tak ada duit ni.

lepas tu cik jalan lagi dengan rerakan tiba-tiba nampak RM3 banyak giler. rupanya novel sale sampai RM3 je sebiji..errr..sebuku..errr..apa eyh kata yang sesuai? lupa lah. tapi nak bayar memang beratur panjang la. berjela-jela tau tak.

 ok. bahagian ni memang tak ramai kerumun, kalau bahagian novel kemain. dah macam jualan baju.

 bila dah panas terik, tekak mulalah dahaga. lepas tu nampak pulak orang jual ice blended. memang tolak tepi la semua benda. cik beli ice blended kat akak ni. sedap woo..bagi cik puas hati la. tapi tak tau la kalau korang pergi esok ke lusa, dah jadi tak sedap pulak..hehehe

 ok.gambar di atas bukan gambar lucah ye. cik nak tunjuk akak tu uli doh sampai besar pinggan. ingat kan nak buat capati, rupanya buat karipap. besar weyh. kalau korang tengok gambar kat bawah ni nampak kecik. kat sana memang besar. dua tapak tangan cik kot. (errr.. tangan cik memang kecik ye.)
 ada banyak jenis inti. karipap, sardin, telur, lepas tu apa tah. boleh cuba sebab diorang masak panas-panas kot.hehee.
 tengok booth-booth novelis dihias cantik tau. dah macam rumah ada, bilik tidur ada. yang kat atas ni milik Anis Ayuni. tapi masa ni tak tahu kemana dia hilang. booth dia macam pelamin. cantik kot.
ok lah. dah sampai penghujung entry dah. cik dah penat menaip ni. kepala pun dah berpeluh. kipas ni nak kene cuci kot baru laju sikit. boleh rujuk aturcara kat atas untuk korang nak pergi. esok kalau rajin cik datang lagi bawak keluarga pulak kot.

nota tapak kaki berkerak: dok layan lagu Adele - Set Fire to the Rain

_cik kedondong

3 comments:

FaizalSulaiman said...

ada sesuatu di blog aku utk anda meng'like':) hehe

Anonymous said...

Hello.. .sis... ada tak majalah rasa feb 2013.... nak beli . .. urgent ... latifahtarkep@yahoo.com

cik kedondong said...

Yang 2013 ada. Tapi taknak let go. Try contact karangkraf.