Thursday, January 26, 2012

Dah hantar borang, Kutip duit pulak la!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca bukan Muslim.

walau terlambat cik nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. meriah betul kawasan rumah cik dengan bunyi mercun. tak tahu la yang main tu bangsa apa. sebab Malaysia ni pantang ada perayaan mula la banyak mercun terjual. pastu mula la mengganggu ketenteraman awam. nak tidur tengah malam memang tak boleh la. nasib bilik cik ketengah sikit, jadi tingkap tak ada la kan.

entry hari ni nak cerita pasal tugas cik la. lama sangat tak update kan. tak tau la, cerita dah habis kot. hehehe. hari ni cik ditugaskan di luar iaitu di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam. kira cik dengan penyelia wakil LHDN untuk terima borang rayuan atau kalau ada permohonan baru.

selain dari LHDN, ada ICU (diorang ni dari JPM, apa tah diorang terang acronym diorang, cik lupa), wakil dari bank CIMB, lepas tu pengurus majlis tu dari UMNO kawasan Kota Anggerik. jadi inilah badan yang terlibat dalam Bantuan Rakyat 1 Malaysia ni. mai la tengok gambar yang tak berapa nak cantik ni. guna handphone je mampu. nasib la ada Photoscape. pastu monitor achik kemain lagi besar kan. tu yang seronok je nengok.
ni atas pentas dekat sekolah Sek 2 tu. ni sebelum mula majlis la. ada taklimat dari Umno bagai. cik malas dengar taklimat2 ni. cik baca buku je. dah la bosan.bukannya ramai pun yang nak hantar borang.
sebelum tu pemohon dan mendaftar kat pintu masuk, jadi diorang dapat nombor giliran. ni diorang amik voucher yang disampaikan oleh siapa pun cik tak tau, yang cik tau dari orang UMNO. gitulah.
ni pemohon yang berjaya dah terima voucher, lepas tu ICU tulis kan nama diorang mengikut kad pengenalan.kalau salah nombor IC memang habis la. pemohon tu susah nak tunaikan sebab SUK kene sediakan surat pengesahan.

tengah bosan orang dok terima duit la, taklimat la bagai kan, cik layan baca buku je. kebetulan cik terjumpa dekat Mini Library, apa lagi, rembat la baca kejap kan. baru beberapa muka surat. sebab ada perkataan yang cik tak paham, lepas tu kat dalam handphone, dictionary nya tak update sangat lak. terpaksa la main garis-garis je. balik rumah baru nak cari. konon la kan.hahaha.
yang dekat hujung tu wakil CIMB untuk pemohon tunaikan voucher diorang. masa ni sesi pagi dah kosong dah. baru pukul 10 pagi waktu ni. memang sangat-sangat boring sampai penyelia cik dah landing nak tidur. cik nak tak nak terpaksa tahan jugak la kan.
orang UMNO bagi makan banyak giler. masa awal pagi dapat KFC breakfast yang ada pancake tu. lepas tu dapat pulak kuih. masa lunch diorang suruh makan dekat cawangan diorang depan sekolah tu. petang dapat lagi kuih petang pulak. memang kenyang tak payah cakap la. cik ni pulak bukan jenis makan sekali banyak. cik makan sikit tapi kerap, tapi gemuk jugak badan. metabolism dah kurang sejak kurang eksersais ni. hehehe.
yang ini untuk sesi petang. tapi waktu ni dah tak ramai pun. memang penat badan bukan buat kerja apa sangat. tapi sebab duduk je melepek kat kerusi tu. sakit badan, sakit hati, sakit kepala dengar isu politik ni.sambil tu diorang siap buat bancian tengok siapa yang pernah mengundi la, dah mendaftar ke belum, dah daftar parti ke apa. hmmm.. cik ni undi adalah rahsia.

nota tapak kaki berkerak: nasib baik lah sehari je kerja luar. cik memang kurang sikit bab-bab nak jumpa orang ni. gementar lebih, lagi-lagi kalau kene marah.

_cik kedondong

No comments: