Sunday, January 29, 2012

#anak dara belajar masak: Apam Polka Dot

salam semua. amacam hari ni cuti? siapa yang kerja atau dah mula kuliah ke sekolah ke, selamat bersekolah. cuti dah la kemain panjang, sampai lemak badan dah terbina dah berlapis-lapis lagi. kalau kerja yang duduk depan komputer tu lagi lah. bertan-tan lemak cik tengok staff-staff kat ofis. kerja nya tak ada sangat. lunch pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 2. setiap hari tau tak. pastu pukul 3 dah mula masak cucur pastu lepak makan lagi. ish..ish..ish.. banyak makan kot.
 memandangkan hari ni cuti, cik dengan rajinnya nak cuba masak Apam Polka Dot. sepatutnya ni assignment adik bongsu cik. dia yang beria nak buat apam ni. dari sebelum ibu ayah cik pergi haji tau tak. maksudnya dari bulan 9 lebih kurang. nak tunggu dia memang berzaman la kan.

macam biasa, entry cik akan dipenuhi dengan gambar. cuma kali ni cik pakai Canon EOS 550d. adik cik baru je beli. tapi masih tengah explore lagi jadi ada la gambar underexposed ngan overexposed. maaf kan lah kami yang masih belajar ni. jadi sila pakai cermin mata hitam takot korang sakit mata la pulak kan.


jadi mari mulakan dengan resepi. resepi tu wajib. 

Sumber: Majalah Anis Bil 173, Januari 2012.

Bahan-bahan:

3 biji telur (dari peti ais)
275 gram teepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil ovalette
inti perisa blueberi (ikut citarasa)
pewarna pilihan.
gambar di atas adalah bahan-bahan yang cik gunakan. cuma cik lupa amik gambar ovelette dengan inti blueberry. tapi cara-cara ada la cik tunjuk.hehehe. cik tak da la nak bagitau cik buat ni sedap ke apa. tapi ini yang cik cuba. alhamdulillah menjadi. cuma inti dia jatuh ke dasar. cik nak kene cari tips macam mana nak bagi inti tu kekal kat tengah.

mari mulakan cara memasak: 
 mula-mula sekali, pecahkan 3 biji telur yang baru keluar dari peti ais. maksudnya telur tu kene sejuk la. jadi pukul dengan mixer sam[ai kembang. nak tau kembang tu macam mana. kembang tu maksudnya saiz dia 2 kali ganda dari asal.

 kemudian masukkan ovelette dan gula halus. ovelette tu warna oren. macam kat atas sekali. kemudian cik masukkan gula. dan pukul hinggan kembang lagi. macam kat bawah ni.

 kemudian masukkan tepung yang dah dicampur dengan serbuk penaik. cik masuk sikit demi sedikit. kalau ikut buku masuk tepung sampai habis. tapi cik tengok adunan jadi berat, cik selang seli dengan susu segar.
bila susu segar dah masuk sampai habis pukul lagi hingga kembang dalam enam ke lapan minit pada kelajuan maksimum.

lepas tu korang jangan lupa masak air pulak. nak kukus apam ni. kang berzaman nak tunggu air masak.

 bila adunan dah kembang. masukkan pewarna pilihan korang. atas ni sekali cik taruk Bright Red, bawahnya cik guna warna Oren. nampak warna macam sama je kan?

 lepas tu kacau sampai rata tau. bukan macam kat atas. kacau rata habis-habisan.
 kemudian cik masukkan sedikit dalam piping bag untuk buat dot. yang sebelah kiri sekali tu blueberry filling. itu inti pilihan cik. sebab itu je yang ada.hehe.
 jadi masukkan adunan separuh sahaja dalam mangkuk kertas seperti di atas.
kemudian paipkan inti pilihan korang.ikut la nak banyak ke sikit.
 lepas tu isi sekali lagi adunan yang sama warna sampai penuh 3/4. jangan penuh sangat sebab nanti dia kembang sangat jadi macam kepala cendawan pulak.hehehe.
lepas tu buat la dot ke, corak apa yang korang nak menggunakan warna yang berbeza. be creative sikit! hehehe.cik tak berapa rajin, tu sebab buat dot-dot je.
 gambar di atas adalah gambar batch kedua. saja nak tunjuk gambar inti.hehehee.
 kemudian kukus selama 5 ke 6 minit je. jangan lama-lama sangat.nanti kang berlubang-lubang apam korang.


ok. apam dah siap.cantik tak? nampak gebu kan? memang gebu pon. tapi adik cik amik gambar camni gaya je. tak ada dari arah atas ke apa. jadi korang boleh la cuba masak kalau rajin. sangat mudah. sekarang kan tengah trend kenduri kawin la, majlis apa la, bagi apam ni. adunan yang cik buat ni, ada la dalam 50 biji kalau yang cup sederhana. kalau besar dapat dalam 30 lebih la kot. hehehe..memang layan je la makan kan.

*bon appetite*

No comments: