Thursday, January 17, 2013

Majlis Persaraan Pn Ruhilah

Salam semua

Mak aih..sejak pakai semakfon ni, laju je update blog. Kalo kome nengok gambo semua kat bawah, maknanya cik pakai semakfon la update blog. Kalau gambo cantik je siap ada caption bagai, itu tandanya cik rajin bukak pc. Hahahaha

Ini cerita fresh lagi dari ladang. Baru je berlaku. Kalau masa kitchen dulu, fresh from the oven gitewwww term nya. Ayat habis campur english malay. Buruk perangai. Tapi korang paham tak? Buat2 paham je lah ye.

Hari ni kami di bahagian PKP buat Majlis Persaraan buat salah seorang ketua unit iaitu Pn Ruhilah. Hujung bulan ni tamat lah perkhidmatan beliau selepas 35 tahun dengan LHDNM. Puan ni baik tau. Dia suka senyum je, lepas tu dah la dia kecik, nampak awet muda gitewww.. siap menari2 lagi atas pentas. Patut persembahan untuk dia, tapi dia pun join buat persembahan jugak. Hehehhe

Buat Pn ruhilah (budget dia baca je blog cik kan..hahaha), semoga bergembira bersama keluarga. Moga Allah memberi ketenangan dah pencen ni kan. Kami baru je nak bertatih masuk kerja. Selautan budi, Cetusan Inspirasi temanya dengan kaler pink purple. Moga2 semangat puan akan mengiringi kami dalam berkhidmat di LHDNM ni.

Layan lah gambar kau semua..

No comments: