Monday, June 21, 2010

awak pakai bra tak?


elamat pagi.semoga ceria selalu di pagi isnin.korang semua nak gi kerja kan?cik off hari ni.hahah..seronok off hari isnin.

maaf lah, tajuk entry macam separa lucah je.kalau ada orang datang blog sebab tajuk entry ni tak tau la cik nak cakap apa.sebenarnya cik tulis tajuk macam tu sebab nak cerita pengalaman cik.bukan nak cerita apa pun.ye lah, cik bekerja dalam contact centr kan, jadi banyak lah ragam pelanggan. semalam cik dapat call yang memang cik tak sangka langsung akan dapat. cik dapat panggilan lucah.

mula-mula cik ingat dia ada penyakit asma ke, jadi cakap macam orang penat ke kan.lepas tu cik tanya la ayat macam biasa

'boleh saya dapat kan no akaun ***** atau no ic pemegang akaun?'

sebab dia cakap pelahan sangat jadi cik tak berapa dengar.lepas tu bila cik dengar betul2, dia tanya cik

'farida, awak pakai bra ke tak?'

cik terus jadi seriau time tu sampai dah tak boleh nak berfikir apa, kalau ikot hati memang nak marah kan.nasib lah diorang dah ajar procedure bagi amaran 3 kali, lepas tu letak talifon.tak sangka, gelabah cik pun dapat jugak berfikir.hahahaha..
yang cik kesal kan,pemanggil tu melayu ye.diulangi MELAYU.capital letter lagi cik buat.enty ni dibuat pun sebab terkesan [ayat 'terkesan' gitu] dengan entry dari Long Hafiz yang berkenaan perihal anak muda melayu jugak lah.boleh la nak baca pendapat orang kan.bila cik cerita dengan team cik, ada ke diorang suruh layan..cehh..bukan dapat duit pon.pelik jugak dengan orang tu, takkan dia sanggup nak tunggu lama semata-mata nak cakap dengan CSE kan.dah la call banyak dengan macam-macam masalah.orang tu telefon nak cari pasal pulak. dengan IVR [interactive voice response] pun dia terangsang kot.hahha

******************

tukar cerita pulak.cik nak ucapkan tahniah buat adik cik achik yang dah dapat tawaran ke UPM, untuk menyambung ijazah sarjana muda ekonomi.kos yang dia minat kan.jadi sokong je la.janji dia belajar tenang.ni pn bersemangat dia nak buat medical check up la, bank la.semua buat dengan semangat.tak macam cik dulu, malas-malas je.dia semua buat sendiri.



p/s: kene beli psp sebab dah janji dengan achik.


_cik kedondong

4 comments:

Fay Nana (Cik Fana) said...

owh my mom pun pernah dapat panggilan macam tu sampai terpaksa terminate talian rumah. gile lah! :(

cik kedondong said...

ooo..scary nye kalo call umah..memang wajib terminate tu

chekgu Moe said...

seronoknye si adik dapat psp..

bestnya ade kakak..=)

cik kedondong said...

hehehe..dah janji kan..lagipun keputusan ok, bagi je la.buat dia lepas tensen bila buat assignment nnt