dah berapa hari entah cik peram entry ni.dari hari khamis lagi.nak update punya lah MALAS dan takde idea.bila bukak blog, cik cuma jalan-jalan melawat blog orang je.nak berfikir update entry memang takdela.memang beul-betul mati akal bila dah kerja.lagi-lagi tak jumpa orang.cuma dengar suara2 customer menjerit kat telinga macam la masalah diorang boleh selesai dengan menjerit.
hari ni kepala cik sakit sebab customer asik menjerit je.dah lambat bayar, kene potong nasib la.kalau tak nak kene potong baik bayar sebelum due date.marah kitorang pun tak guna.bukan kitorang yang kawal sistem.automatik sistem tu akan potong.
telefon yang cik guna untuk jawab call..
kadang-kadang customer ingat bayar tunggakan astro macam bayar bil elektrik atau air.abang, akak!kalau bayar tunggakan rm10.00 dah boleh sambung, takde makne la customer nak bayar astro selesai tunggakan.lama2 tuggakan pun dah jadi beribu pastu nak call mintak potong.tak de makne ye.tunggakan tak selesai astro tak boleh potong.kami ni cuma menjalankan tugas ikut prosedur je.marah2 kami pun kami boleh bantu yag termampu je.kami pun nak kene selamatkan diri jugak.dah la tiap2 hari kene marah dengan customer.kalau salah kene marah dengan orang atasan.jadi kesimpulannya, baik kami buat apa yang patut.
kerja malam adalah yang paling tidak seronok sekali.sebab sakit hati tengok orang boleh balik tengok tv.bencinya...tapi bila dah balik cik tak tengok tv pun.kadang2 cerita kat astro pun cik tak tau ada cerita ape.
kalau dari ACR sampai la SL tu merah, kitorng memang dalam bahaya.sebab customer call banyak gila sampai sakit tekak nak jawab.penat pulak tu.dalam 10 orang mesti ada 2 yang akan marah.nak tergelak pun ada kalau dengar diorang marah.kadang-kadang ada jugak panggilan hangit, tak pun panggilan gatal.humang aih..nasib baik diorang ajar macam mana nak handle panggilan macam tu.kalau tak, mau cik terkaku kat situ terkulat-kulat.
cik paling malas kalau dapat customer dispute.sebab mula lah diorang nak cakap dengan manager la, dengan ceo la, dengan board of director la, dengan ahli politik la.aduhai.kalau dia marah customer service cik terima lah.ni marah astro tapi berbakul-bakul maki kitorang telan.memang kene check telinga la.banyak dah bijih ni.
kerjaya baru ni, sabar ajelah.setiap hari cik asik SABAR AJELAH.kene la bersabar aje.dah kerja membantu pelanggan.jadi sabar ajelah.bukan semua kerja senang kan.semua kerja memang kene marah, ada je cabaran.jadi sabar ajelah. [banyak dah sabar cik nih..tak sabar jugak tak tau la]
No comments:
Post a Comment