Disclaimer : This is not a sponsored review. Anything that I say is from my personal opinion and experience.
So hari ni kakda nak review deodorant baru dari Vaseline. Kakda dok la tengok iklan dia dekat Youtube. Hari-hari dok lalu sampai naik geram. Hahaha. Nampak sangat suka ngadap youtube.
Bila hari2 dah lalu memang rasa nak beli la kan. Kakda sebenarnya dah lama gila tak pakai deodorant. Last masa sebelum mengandung anak pertama. Sebab kakda tak suka la bila berpeluh dia jadi berlendir camtu.
Gambar : Google Image
Tudiaaa. Siap kena hairdry tu. Tapi kakda tak la macam ni. Dia berkepak je la. Hahahaha
Lepast tu kakda macam ada kelenjar peluh yang agak besar, so macam takut dia jadi ketumbuhan. Jadi kakda stop terus. Nasib baik ofis sejuk gila aihhh. So tak la badan berbau. Lagipun kakda kurangkan makan makanan yang boleh buat badan berbau macam rempah ratus gituuu.
Tapi dekat ofis baru ni, aircond dia punya la sendu gila. Datang ofis ketiak berpeluh. Mesti jaki je korang baca tak sampai-sampai reviewnya.
Sebab kakda dah asyik tengok iklan je, jadi kakda beli la alang-alang pegi Tesco. Nak la tau betul ke dry. Sebab tak suka la pakai deodorant tapi ketiak lecak. Kalau yang spray tu macam 20% je kena ketiak. Lagi pulak kakda tak tahan bau sekarang ni.
Kakda pilih jenis ni White & Dry. Dia ada 3 jenis. Kakda ni takda la obses nak ketiak putih. Janji bersih sudahlah.
Serious la kakda nak cakap, design deodorant ni pelik gila. Bukan roll on tau. Dia macam picit lepas tu sapu ke ketiak. Kalau tanya kakda personally, deodorant ni memang kakda tak bagi orang pakai. Unhygienic tau.
Tapiii. Walaupun rupa dia ala-ala krim gatal, lepas sapu memang rasa kering je ketiak. Tak la nak kena berkuak bagi deodorant kering dulu kan. So far kakda baru je pakai 2 hari. Tapi best. Even berpeluh pun tak rasa berlendir. Still rasa kering.
Kalau nak cakap ketiak putih ke tak tunggu la kot sebulan nanti. Hahahaha. Sebab kakda tak la kalut kan. So lupa nak amik gambar ketiak. Kalau amik pun boleh boleh share. Aurattt.
Kalau korang spesis macam kakda jugak berkira bab2 deodorant tapi tak nak badan ashem, boleh la korang try deodorant baru ni.
Harga dalam RM11++ tak silap. Berapa lama tahan? Kena tengok kekerapan penggunaan jugak. Ok? Jangan lupa share kalau korang dah guna tau.
Kakda
*masih misskedondong*
No comments:
Post a Comment