Tuesday, April 7, 2015

Hari Kedua : Wad 5 F

6 April 2015

Dok kat wad ni memang boring habis la kan. Amende je nak buat. Tapi memandangkan ibu ni nak bersalin, maka  nak kena jalan2 la bagi cepat sikit anak turun.

Bab makan lagi la tak berkira. Apa depa hidang confirm habis. Hahaha. Rasa sedap je. Nurse kat sini ssemua baik-baik. Kata ibu cik, kalau kita jenis tak buat hal, dengar cakap nurse, nurse pun takde nak meroyan tak tentu pasal. Dia layan pun baik je.

So kalau yang kata layanan hospital kerajaan ni teruk, memang kena tengok la attitude orang tu camna. Kalau memang pain in the ass, prosedur tak mau ikut, nak ikut prosedur dia, memang nasib korang la kan. Kalau nak ikut prosedur sendiri, sila sediakan diit banyak dan cari swasta yang akan ikut telunjuk korang macam la korang tu doktor.




Alhamdulillah doktor cek, anak engage elok, tapi tak cek bukaan. So depa suruh monitor dulu pergerakan baby. Makanya seharian la dok hospital.

Hari tu malas sangat kan nak keje. Skang dah terlantar. Hehehehe.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : faridafathima86@yahoo.com

No comments: