Saturday, November 2, 2013

Misteri bilik tingkat 8

Assalamualaikum

Ayat nak misteri sangat kan. Bukan misteri yang makhluk halus tu. Bukannn. Yang tu dah dipindahkan ke tempat lain. Alhamdulillah dah selesai yang tuh. Kami buat operasi memindahkan makhluk2 yang tinggal. Eyh masa 1st unit kami ja buat pagaq. Skali 'depa' merayau kat satu blok. So Caw PJ buat ops pindah. Diorang panggel ustaz deal ngan 'depa' nak antaq mana.

So abaikan intro yang misteri nusantara nih. Misteri yang cik nak cerita pasal ada satu bilik latihan tingkat 8 kat hujung. Jarang masuk kecuali ada latihan. Yang misteri nya setiap kali ada latihan dan cik masuk, confirm keluar dengan gatal2 kat tangan dan kaki. Cam cik tunjuk kat bawah.

Memula cik ingat sebab allergik lauk yang katerer sediakan masa tu sambal udang (sapa boleh tahan oiiii..). Pastu cik jumpa doktor dapat la ubat sapu ngan pil makan. Pastu konon la pantang seafood. Tak sampai 4 hari cik tibai makan. Tapi tak naik pun gatal2. Cik saspek sebab hama bilik tuh.

Cik masa kecik memang kulit sensitip sket ngan habuk. Hati mental badan memang taff habislah masuk hutan bagai. Sekali kulit sensitip. Kene gigit nyamuk lah, agas lah, habis bintat badan.

Tapi ni cik kena lagi. Hari tu ada taklimat pungutan. Masuk lagi. Keluar je terus gatal kaki. Gatal dia sampai berbiji berair tuh. Agak2 korang tahu tak macam mana nak buat. Patut amik suntikan tak? Sebab dulu masa tingkatan 3 cik penah kena suntik. Jadi kesensitipan tuh dah kurang. La ni naik balik.

Acaner nih???

2 comments:

dalila said...

kt kaki je ke dik?try amik ubat la..

cik kedondong said...

Kaki yangnpaling banyak skali. Tak tahan langsung. Ni dah sapu n makan pil gatal. Sama jugak. Huhu