Saturday, August 31, 2013

Lomak den bortingkek-tingkek

Assalamualaikum semua.

Dah nak habis Syawal dah pun. Cuba korang cek kiri kanan atas bawah agak2 berapa tingkat lemak korang. Hahaahha. Sebab cik sangat pasti lemak cik memang bertingkek-tingkek macam lagu Waghih ngn Juzztin tuh. Tu dia baq hang. Pulun makan sebelum gi induksi. Dalam masa seminggu je weyhhhh.. tu pun dok pulun puasa ganti la bagai sebab nak kawal nafsu.


Tapi tak kawal mana pun lah. Kalau dah jamuan makanlah, pot luck lah, tak sempat nak puasa sebab diroang dah bagi menu siap2 bagi terliur dulu. Cik bab2 tahan makan ni memang tak berjaya lah. Walaupun cik makan sikit, tapi cik jenis suka merasa. Memang merasa la peha dah besar. Hahahha.
17hb ogos dah pegi makan2 kat umah Sally, pastu gi kenduri kawen aimi. Pulak tu cik sampai awal kat umah selly, memang dok makan berulang je la sebab nak tunggu budak2 lain sampai. Rasa gila je jiwa. Hahahaha.

Nasib kat rumah aimi tak makan banyak. Sebab kenduri kan ramai tunggu turn nak makan. Jadi amik buat alas perut je. Sebab lepas kenduri tu kitorang gi makan kat umah Joe pulak. Mak dia masak mi kari weyyyy. Feveret cik tuh. Mak dia masak pedas lak tuh. Fuhhhhhhh..berpeluh sampai basah keti. 
Pastu 20hb ogos lak ada Jamuan Warna Warni Merdeka Raya ke apa tema dia. Anjuran pejabat KPE. Makan besar kat Cyberjaya. Itu pun ramai sakit perut esoknya siapa yang makan Nasi Beriyani. Cik makan sesudu je dari pinggan kawan cik, perut memulas tetengah malam sampai berguling-guling. 

Pulak tu habis dari majlis kul 12 cik dah balik umah nak sediakan tempahan tiramisu dalam cup dan cup pavlova. Nasib lah kek untuk tiramisu dah di buat awal2. Kalau dak, mau pengsan cik nak buat semua tuh. 
21 hb ogos ni pulak Jamuan Raya PKP. Tapi meriah gila kot. Hahaha. Tahun lepas kat Shah Alam pun meriah, tahun ni pun boleh tahan. Terima kasih pada ajk yang bijak merancang. Siap ada pertandingan meja buffet tercantik. Sebab setiap unit ada tema masing2 lepas tu kena hias la mengikut kreativiti masing2. 

Unit cik buat Soto. Hiasan ala2 kampung gituh. Comel gila. Tapi cik tak sempat la nak amik gamba. Banyak gambar pun amik dari budak2 nih yang gila kamera. Hahahhaa. Sori ye rerakan kuhhh..
Siap ada photo area lagi. Ala-ala kampung. Pengarah dan Timb pengarah pon amik gambar ala2 comelll gitewwww. Jangan memain kauuu..hahahah.


Selain dari tu ada jugak meraikan staff yang lahir bulan Julai Ogos dan September (cik letewwww). Heheheh. Dapat jag air cap ikea yang cantik bak hang tapi cik tak ingat cik letak mana. Kene kebek kat umah lah kot.

Terima kasih pada yang sudi meraikan dan berjimba-jimba. Tapi cik tak dapat duduk lama, sebab petang tu dah kena daftar untuk induksi dengan harapan banyak aktiviti dapat kuruskan badan. Rupanya tidak, makan 6 kali sehari walaupun tak banyak, tetap menambahkan berat cik. Tapi nasib lah dah biasa minum Herbalife, terkawal jygak nafsu nafsi yang mencanak ni kan. Hahaha.

No comments: