Saturday, August 17, 2013

Farewell : Another farewell party

Assalamualaikum. 

Minggu ni sedih sungguh buat cik dan geng2 e-daftar. Sebab lagi 2 orang staff dah mendapat rezeki yang lebih baik. Sudah la cepat je nak perginya. Diorang ni selalu tau buat mood cik spoil time raya. Diorang dapat tawaran pun lagi 2 hari je nak raya. Pastu nak mendaftar khamis 15 ogos pulak. Tak ke cepat namanya tu. 

Tu yang siap ada yang nangis-nangis lagi. Sedih nih. Nampak tak punya sedih, sampai cik mengulang 3 kali word sedih tu. Ni dah 4 kot. Tapi tak pelah. Diorang dah dapat tawaran pekerjaan lebih baik lagi. Jadi ini perjalanan diorang. Kita meraikan sahaja dengan makan kat kedai Tokwan kat The Curve.

 Nak pujuk diorang gi Kepsi ni payah ni. Nasib baiklah si Jaja ni naik kereta sekali ngan amoi. Jadi lagi mudah la nak bawak dia. Yang kelakarnya nak pujuk si helmi. Sampai bergaduh2 si mira ni ajak helmi hi the curve. Rupanya elmi dah tahu. Tu yang dia malas nak gi. Hehhee. Maka terjadilah gambar candid dari mamarazi selly.

Kitorang dah nampak dah diorang kat Laundry, nasib budak 2 orang ni tak perasan. Hahhaha. Kalau tak kantoi la. Nasib kepsi tak ramai orang. Memang kecoh la bila diorang tahu ni surprise.
 Nindia adik2 cik membeli kepsi. Nasib tak disuruhnya hakak belanja. Menangis air mata darah korek tabung ayam kat kedai Tokwan. Malu la hakak nanti pakai comel2 dibuli dan tiada hak untuk berkata apa-apa. Hahhaha.
 Bila dah berkumpul ramai-ramai tahu je lah kan tahap kekecohan dia. Cik ni bukan jenis berkira tempat best atau tidak. Cik lebih berkira dengan siapa cik pergi tempat tu.

Kalau tempat best sekalipun, tapi geng-geng lemau je, memang takkan best la. Kalau tempat tak best setakat kedai Tokwan, tapi dengan ofismet yang gila-gila, memang menjadi-jadi lah tempat tu kan.

 Sambil makan lah nak bersembang, amik gambar, menangis, ketawa terbahak-bahak sampai nampak anak tekak sampai orang pandang apehal budak-budak ni macam kedai Tokwan depa ja. Haaa..sampau tahap macam tu lah kalau dah kuar ngan geng-geng yang sekepala sekapal kan. Korang pun mesti ada kan. Kan?? Kann?? Elelele..jangan nak tipu.
 Dah habis makan kitorang apa lagi, amik gambar la. Habis tepi kedai The Gardens kene blasah ngan kitorang. Tu lah, sapa suruh dekoret kedai lawa-lawa sangat. Kan dah jadi mangsa studio fotoshut untuk kitorang yang takde bajet nih. Hahaha. Amik gambar puas-puas sebelum berpisah. Tapi nanti jumpa gak diorang masa jamuan raya minggu depan.
ok..ok..penutup nak bagi sedih semula selepas menyaksikan perjalanan yang menggembirakan.

Kepada Helmi dan Shaza semoga maju jaya dalam pilihan kerjaya anda. Apa yang korang tak suka tak semestinya tak baik untuk korang, apa yang baik tak semestinya terbaik buat korang. Lalui perjalanan sebab banyak yang perlu dipelajari. Shaza moga jumpa bofreng baru. Helmi ko jangan nak bangun lambat sangat. 

Adik-adik hakak yang lain jangan sedih susah hati.  Insya Allah akan sampai rezeki korang. Tinggal la hakak ni bersendirian melayan peminat korang. Sedih tauuuuu. T_T

No comments: