Saturday, July 20, 2013

Celik..celik..celik

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah puasa hari yang ke 5. Dan cik baru lah terhegeh2 nak update blog program 6 Julai lepas. Memang banyak alasan sungguh lah kan.

Program ni antara sebabnya adalah sebagai menambah jam kursus bagi pegawai tetap. Macam cik ni tak payah lah. Dah kategori terlebih-lebih sebab cik dah pergi KAP hari tuh. Jadi program ni lebih kepada menambah ilmu apa yang patut.

Program dijalankan hari Sabtu beberapa hari sebelum puasa di Hotel Marriot Putrajaya. Penceramah yang hadir ialah Dr Danial Zainal Abidin dan Dr Kamal Affandi (penganalisa jenayah).

Boleh kata semua staff PKP terlibat dan ada juga jemputan dari luar. Jadi ramai lah yang menghadiri program nih. Sampai2 je dengan kawan cik; amoi dan sudess, terus posing sekeliling hotel. Tapi guling2 cam Hindustan tuh takdak lah. Memang nehi lah cik nak buat camtuh kan.

Sejak akhir-akhir ni banyak gambar perasan cik amik. Hehehehehe.
Sesampai je kat Bilik Selangor ( nama bilik untuk program ke hapa kat Marriot nih), kitorang terus mendaftar, letak beg cop tempat lepas tu tibai sarapan pagi. Padahal cik dah makan kot kat rumah. Banyak pulak tuh. Tak malu dah gemokkkkk..heeee~

Tepat jam 8.30 pagi, dipengerusikan timbalan ketua pengarah PKP En Noorhelmi, kami diperkenalkan dengan penceramah pertama, Dr Danial. 
Dr Danial ni orang penang, jadi bila dia bercerita keluar jugaklah slang2 penang dia. Tapi dia mengajar memang best. Rasa teruja memang tak ada masa nak rasa mengantuk.
Memasing menumpukan perhatian je sebab setiap yang dia cerita tuh buat kita macam "Oooooo macam tuh ke". Bagaimana menjadi Minda Muslim Super tajuk yang diberi. Menyebabkan kami ni memang lahi terbuka lah mata. Selain dari tu dia jugak menerangkan kebaikan al-Quran dan solat dari segi sains. Sebab Dr Danial memang orang sains, jadi dia mengkaji kebaikannya pada umat Islam. Kagum weyyyy..
Dr jugak turut menunjukkan contoh tokoh Islam agung di zaman silam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. Berkobar-kobar cik dengar cerita dia. 2 sesi yang disusun rasa macam tak puas je. Banyak lagi ilmu nak ditimba.

Lepas tu kami berehat makan tengah hari dan solat. Lepas tu pulun bergambar lah apa lagi kan. 
Hahaha. Malas nak terang banyak2 kan. Sesi petang pulak dengan Dr Kamal Affandi,  penganalisa jenayah yang cik selalu tengok kat MHI. Dah la masuk2 je lagu hindustan yang keluar. 

Tapi dia memang sporting gila. Ni pun yak boleh nak tidur. Sebab asyik gelak je tak henti2. Sambil dok bagi tips dia dok buat lawak tak hengat.
Banyak yang dia ajar berkenaan jenayah. Yang paling dia tekankan pasal wanita lah. Sebab wanita mudah menjadi mangsa. Jadi dia ajar cara mengelak menjadi mangsa rogol, ragut dan memacam lagi lah. Siap ajar teknik mempertahankan diri lagi. Janji dapat lepas lari tu yang penting. 

Ramai gak lah yang menjadi mangsa2 jenayah hari tuh. Hehehhe. Tapi banyak jugak tips dia bagi. Cuma tak ingat je. Hahha.
Cepat sungguh masa berlalu. 2.30 start tiba2 je pandang jam dah pukul 6. Memang rasa tak puas je. Tapi balik tu penting. Hahaha. Dah habis sesi dengan Dr Kamal, kami apa lagi..makan lah. Hahhaha. Lepas tu posing amik gamba. Memang tetiba menyelit je Dr yuh. Tokojot kami. Hahhaah. 

Terima kasih warga PKP yang sudi menganjurkan program yang best ni. Sehari suntuk rasa berbaloi-baloi gila. Dah lah free. Makan sedap. Kalau dapat menginap mesti lagi sedap. Hahahah.

*Lama gila cik nak update. Dah masuk 11 ramadhan baru siap. Hehehe *

No comments: