Wednesday, July 24, 2013

Buka Puasa PJ: kegemukan melampau

Assalamualaikum semuaaaaa..

Alhamdulillah. Dah masuk ramadhan ke 15 dah. Bila ramadhan ni tahu2 je lah. Banyaj sungguh kawan2 nak buat reunion berbuka puasa. Diorang nih macam lah tak tahu perut cik ni kecik je dan ketat. Nak makan banyak memang tak mungkin lah kan.

Pada 19 Julai 2013, PERKIS PJ telah menganjurkan majlis bacaan yassin, tahlil dan berbuka puasa bersama penghuni Maahad Al- Fateh, Klang bagi bersama2 meraikan ramadhan dengan mereka yang memerlukan.

Perrrrgghhh.. skema pulak perenggan pembukaan. Nak buat macam mana kan.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa tahlil. Dorang buat majlis ni kat tingkat 3 dewan hari tuh. Bahagi dua, sebelah untuk solat, sebelah lagi untuk makan.

Doa tahlil memang panjang berjela sebab imam baca untuk 17 muka surat punyannama orang. Sampai tersengguk2 terlentuk cik. Ish.ish.
Selesai je tahlil ada tazkirah yang disampaikan. Pastu dorang bagi kurma dan popia goreng untuk buka puasa sebelum menunaikan solat maghrib. Popia dia sedap weyyyy.  Sampai skang terkenang2. Dah la puasa kan.
Selesai je solat maghrib, baru lah masing2 menuju ke bahagian makan. Hahahha. Makan dalam talam weyyy. Kecik2 memang cik slalu makan ngan adik2 guna talam. Cakap ngan ibu sebab nak ikut sunnah Nabi. Padahal malas basuh pinggan. Japa punya kakak tah.
Kami dihidangkan dengan nasi beriyani, daging kambing masak kurma, ayam pedas dan pajeri nenas. Puas makan. Tapi dapat makan kambing sikit je. Sebab akak kongsi talam tu makan banyak. Frusttt..
Ni 3 orang dewasa dan seorang kanak2 punya talam. Gila habis licin weyyy. Sampai se'eh(cam senak or penuh. Orang perak dan tganu selalu guna ayat nih) perut cik kenyang gila.

Bila solat isyak dan terawikh siap tersengguk lagi. Oksigen digunakan untuk pencernaan. Jadi tak adalah oksigen ke otak. Ngantuk gila sampai kawan cik, suzy siap cubit2 cik. Bisa weyyy tangan dia. Memang terjaga terus cik.
Selesai tarawikh cik ingat nak balik terus. Sekali ada moreh. Konon2 nak kongsi je ngan suzy, skali ada bubur lambuk ngn kuih Bakar lah pulak. Dua-dua tu kegemaran cik. Pastuh cik teringin nak makan pulak. Lagi lah kan tak berkongsi lah.
Ketika moreh ni jugak turut diadakan majlis menyampaikan duit raya dan sumbangan kepada Maahad Al - Fateh.  Sejuk hati tengok anak2 ni. Pakai jubah siap purdah. Masa lapang diisi dengan mengaji. Bila lah cik ni nak perbaiki diri.
Rasa macam banyak yang perlu belajar. Alhamdulillah rezeki cik di bulan Ramadhan ni agak murah jugak. Moga rezeki yang cik terima tu diberkati Allah. Yelah, siapa tak takut kalau rezeki diberi dalam rasa benci. 

Dah selesai majlis berbuka. Nanti cik update lagi.


No comments: