Tuesday, June 25, 2013

KAP : Farewell Dinner

Assalamualaikum awak awak semua.

Hahaha. Ini masih dalam mood rajin kot. Sebab hari ni cuti kan. Jadi lah update blog pon dah lambat. Dok ke hulu ke hilir siapkan hal bank. Sakit kepala u olls lagi2 tengah jerebu ni. Ni pun hidung dah sok sek sok sek dari petang tadi. Selsema sebab jerebu kot. Ujian..ujian

Sebenarnya saya isteri dia cik dah habis kursus KAP minggu lepas. Baru terhegeh2 nak ipdate pasal dinner kan. Ni pun nasib la tak lewat sebulan. Kalau tak memang ceriita basi boleh buat orang sakit perut punya. Hahahha.

Dinner ni malam terakhir kami di APM. Memang kebanyakan peserta KAP akan anjurkan dinner ni lah. Sebab lepas nih dah susah nak jumpa kan. Next kitorang jumpa pun mungkin induksi ogos lepas raya ataupun masa exam bulan oktober nanti. Jadi faham2 je lah ada yang baru nak berputik cinta kat situ kan. Padehal bukan jauh mana pun.

Makanan disediakan oleh pihak dewan makan APM. Ada kambing bakar, udang bakar, hotdog, nasi goreng kampung. Pastu apa tah cik malas nak sebut. Kang terliur lak. Dah la cik puasa. Kang tak pepasal je nangis kan. Hahahha.
Nak menunggu saat ketibaan ni memang la payah kan. Cik duduk memang dekat ngan pintu. Wajib. Hahhaha. Senang serbu makanan. Tetamu VIP adalah TO En Syahrul. Pastu urusetia PN Ros. Peserta KAP kami tak ramai pun. Dalam 140 lebih je kot. Sabah ssarawak sekali lah.
Bila bab makan wajibul ghunnah lah laju. Cik dok amik gambar ni sebab pinggan cik telah terisi. Hahahha. Jadi amik gambar muka manusia kelaparan lah kan. 
Kambing golek2 yang sedap tapi gravy dia pekat sangat pastu masin dan pedas. Terpaksa makan dengan sos cili. Huhuhu.
Malam tu jugak ada banyak aktiviti. Diorang siap buat macam ala2 anugerah gitu. Ada anugerah Peserta paling happy @ sempoi, Pasangan peserta paling serasilah. 

Banyak gak lah. Nak dekat 10 kot anugerahnya. Lepas tu acara karoke yang dibolot mati2an oleh grace. Hahhaha. Sian dia kene bahan je. Suara sedap dah. Tapi sebab asik muka dia je semua pakat booo je. 

Lepas tu ada jugak sambutan hari lahir buat siapa2 yang lahir bulan Mei dan Jun. Kek dia sedap weyhh.  Tak tahu diorang beli kat mana. Hahha. Sebab ada aiskrim kat tengah2.


Malam tu cik menang jugak la anugerah. Hahhaha. Anugerah ke tu? Cam memasing nak kenakan cik je. Cik dapat Peserta KAP muka macam artis - katergori Wanita. Muka macam siapa tak perlulah cik bagitau. Hahhaha. Maluuuuuu. Bila tengok je soalan masa diorang edarkan kertas voting cik tahu dah mesti dorang saje je nih. Huhu..

Takpelah. Anugerah seiras tapi tak serupa. Dapat la pisau lipat boleh bawak pi camping dah. Hahaha. Banyak lagi nak update. Ada 5 entry. Macam biasalah. Schedule. Hahahah


No comments: