Sunday, March 10, 2013

Anlene : Bonehealth check

Salam semua.

Lama jugak tak update blog kan. Penat weyh. Dengan kehilangan upaya pendengaran sementara sebelah kiri, menambah lagi kepenatan. Ya Allah. Dugaan sungguh. Hanya Allah yang tahu.

Entry kali ni nak cerita pasal check keadaan tulang. Pada hari apa tah cik dah lupa, Anlene team datang ofis buat promosi cek tulang. Cik dengan semangat nya pergi waktu rehat. Senang je dia cek. Ada mesin dia cek bone mass. Pastu consultant akan bagitau keadaan tulang kita dan apa kita patut buat untuk menjaga.

Masa cik cek tu macam cuak la jugak kan. Lepas tu consultant kata tulang cik berada pada tahap 1.6++. Kira tulang cik kategori kuat dan sihat. Mana taknya, cik banyak minum Herbalife kan. Memberi nutrisi lengkap. Tapi kalau ikot pon, memang kami adik beradik selalu minum susu.

Yang paling kelakar, member cik dok compare dengan budak2 ofis. Ye la, cik paling tua kot antara diorang, tapi kesihatan tulang cik lebih elok dari diorang. Hehehe. Tak pa lah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau sakit nak datang memang qada dan qadar nya begitu. Tapi jangan la kita sakit sebab kita tak jaga diri.

Jadi kesihatan harus dijaga. Jaga pemakanan, jaga kesihatan, jaga tempat tinggal. Semuanya akan menyimvang pada kecerdasan minda dan kecergasan akal. Moga2 akan menguatkan lagi umat Islam.

1 comment:

meo188 said...

kuat & sihat

boleh kawin!

Blog meo :)