Wednesday, January 9, 2013

Learn to fail or fail to learn?

Salam ya akhi wa ukhti

Cik tertarik dengan gambar dibawah. Semuanya kegagalan orang yang berjaya. Tak ada siapa yang tahu nasib mereka melainkan Allah. Dan mereka tidak sekali2 menyerah kalah dan terus berusaha.

Cik percaya ada juga umat Islam yang berjaya, tapi sayangnya tak ada pulak cerita. Mungkin mereka berpegang pada sifat rendah diri, menyebabkan kita kurang mengenali mereka. Di Malaysia sendiri ramai orang2 yang berjaya selepas bangkit dari kegagalan mereka yang lepas.

Nampaknya cikpun kena belajar tidak putus asa. Kadang2 tak mudah nak bangkit semula, tapi cik pegang pada janji Allah "tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri". Alamak, cik lupa ayat Quran yang mana. Tapi Insya Allah cik akan cari. Lagipun, ujian atau musibah telah Allah rancang, jadi memohon pada Nya dan berusaha adalah langkah terbaik. Hanya Dia yang dapat membawa atau memberi jalan keluar dari segala ujian dan cubaan. Amin..

Moga Allah tetapkan hati kita dengan agama Nya.

No comments: