Tuesday, December 25, 2012

Kembali menghadap Nya

salam,


lama betul cik tak update blog. terlalu banyak benda yang berlaku yang cik percaya ujian dari Allah untuk menegur dan membetulkan kembali perjalanan cik. hidup ini adalah jalan yang lurus tetapi penuh liku hingga kekadang boleh menjurus kita ke jalan yang sesat.

Allah, cik tak tahu kenapa. tapi dugaan ini amat berat. hanya Allah yang tahu apa cik rasa. tapi cik percaya Allah dah tuliskan perjalanan ni buat cik. mungkin ada hikmah tersirat yang masih cik belum jumpa. tapi cik percaya hikmah itu sedang menunggu cik. banyak yang perlu cik perbaiki diri. tak ada siapa pernah menyangka dugaan ini akan datang, cik tak salah kan sesiapa. kita semua punya salah dan silap.

cik percaya Allah dah tulis perjalanan ini dari azali sebelum cik lahir lagi. cik percaya bahawa pena yang menulis di Luh Mahfuz telah kering dan diangkat ke langit sebelum cik di ciptakan. cik percaya cik perlu hadapi apa yang berlaku ni dengan bantuan dari Allah. apa yang berlaku datang dari cik sendiri. cik tak mahu salahkan sesiapa sebab cik tahu tiada siapa salah. cik sedaya upaya mengikut kata Prof Dr Muhaya untuk audit diri. apa yang berlaku adalah teguran dan ujian dari Allah.

sesungguhnya cik tak punya daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. cik hanya berserah atas perjalanan yang telah dia tulis. cik akan berusaha sedaya upaya cik dan serahkan pada Allah untuk melaksana. Dia Maha Mengetahui dan cik hanyalah hamba Nya yang pernah menzalimi diri.

bantulah cik untuk perbaiki diri bukan untuk orang lain. tapi kerana cik ingin rasa nikmat jatuh cinta pada Allah. melihat ramai rakan berubah menuju Nya membuat cik cemburu. cik ingin merasai nikmat itu. mungkin masih terlalu jauh, tapi cik percaya Allah takkan biarkan cik.

Salam ukhuwah dari ku. walau jauh dari kamu, tapi sangat dekat dihati.

p/s: maaf cik tutup blog sementara sebab nak buang post yang tak sempurna tutup aurat. dan ada jugak post yang diarahkan buang oleh beberapa orang.

_cik kedondong

No comments: