Tuesday, May 1, 2012

#wishlist: 1st wishlist - Kitchen Aid Mixer


Assalamualaikum.

lama betul tak update blog. ahaks! gila gedik. kalau cik update pun dah jarang nak update resepi kan? sebab sekarang ni cik tengah obses tengok youtube Joy of Baking. banyak sangat sampai tak tahu nak masak apa. 

mesti korang sakit mata kan tengok gambar mixer besar gedabak. dah la besar gedabak, siap warna merah lagi. yamboiyyyy.. siapa yang penah baca mesti dah tau ni salah satu wishlist cik. akhirnya dengan izin Allah, cik dapat jugak beli mixer ni. tak sangka pulak bila bincang dengan ayah cik, dia bagi beli. mungkin sebab dia tengok kawan-kawan cik ramai upah cik buat kek. lepas tu cik asik sakit tangan tak ada pembantu kat dapur. 

maklumlah pakai hand mixer, memang agak terkejar-kejar la. tapi cik takkan lupakan hand mixer ibu cik yang dah banyak berjasa tu. hehee. 
 cik beli Kitchen Aid Mixer Artisan KSM 150 -Empire Red. kaler tulisan pun haruslah merah nak menunjukkan betapa merah menyakitkan mata dan hati nya sesiapa yang melihat. hehe. ayah cik siap pesan lagi, bukan nak berniaga, tapi tolong kawan-kawan yang teringin makan kek cuma ada upah je la. sebab kalau berniaga, mesti sibuk nak kejar untung sampai cut cost bagai. cik memang suka buat kek, sampai cik tak reti sangat masak lauk. memang kesian la bakal suami cik nanti.hehehe

mixer yang gambar nya diambil dengan kamera fon. menambah kan sakit hati, bila lampu dapur rosak. jadi lah gambar macam ni. 
 tapi nasib baik lah ada memori kad spare dari kamera lama ayah, jadi cik pun rembatlah. gambar haruslah di edit sebab cik bukan fotog yang professional. jadi kalau korang beli Kitchen Aid Artisan, korang akan dapat set seperti diatas. selain dari mesin dan mangkuk, korang dapat splash cover, dough hook, paddle, dan whisk. kemahen lagi kan. masak haruslah rajin.

memandangkan excited punya pasal, cik dah berjaya buat 2 jenis; Cinnamon Rolls dan Red Velvet Cupcake. selain dari mixer yang kemain lagi, resepi haruslah dari internet, kalau tak, takde maknenye nak menjadi kan??
dengan ada nya mixer ni, kena rajin memasak lah cik lepas ni. memasak harus rajin, nak update blog? berzaman la jugak ye? jadi kalau sesiapa berminat nak tengok brand Kitchen Aid, boleh pergi ke website diorang. tapi korang pun mesti pandai google kan? jadi sila google sendiri. cuma siapa yang nak dapatkan mixer ni, cik beli di The Living Depot, Bandar Baru Bangi. sebaris dengan Restoran Mohd Chan.

tapi ada jugak yang jual online. straight dari US, siap ada sistem kutu lagi tau.sila pegi fb Sue Aleen.cuma korang kena beli adapter la. harga memang murah. kalau tak nak beli adaptor, kena la beli yang kat Malaysia, dimana diorang  dah ubah sikit kapasiti elektrik mengikut Malaysia. kalau tak, meletup nanti. itu pun sebab makcik cik tak bagi beli. sebab takut fius ke apa tah rosak.silap2 boleh terbakar rumah. tapi terpulang pada korang. apa-apa pun, jangan beli tapi buat hiasan. rugi tau..


*bon appetite*