Tuesday, May 1, 2012

bila terkunci dalam bilik di Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja buat semua. 

lebih-lebih lagi yang memang bercuti habis-habisan dengan yang tersayang. untung lah ada yang tersayang dekatkan. cik ni update blog sebab terkunci dalam bilik. siapa rasa cik malang, sila angkat tangan. cuti patutu gi jenjalan ke, lelagi ada pesta buku kan. sungguh memanaskan hati. enchek jambu pulak sibuk dengan aktiviti dia.
memang tensen gila bila korang nak keluar bilik, tetiba pintu tak boleh bukak okehhssss.. bengang tak payah cakap rasa macam nak buat gaya macam dalam tv tendang pintu guna kaki. tapi disebabkan pintu ni kalau buka arahnya ke dalam, jadi tak berguna lah cik tendang. satgi pintu tak bukak, kaki yang patah. siapa nak tanggung? ayah cik jugak yang kena bayar bil hospital.

tapi nasib baiklah bilik cik ni berada di tengah. yakni maknanya, artinya, iaitu, ayah cik bina tingkap yang akan membawa cik keluar dari bilik yang kecil cenonet ni. lagi-lagi dikala cik nak terkucil kan. terpaksa la cik buat gaya macam anak nak lari dari rumah, sampai la famili cik balik dari Pesta Buku. padan muka kau farida! tu la, sapa suruh tak nak ikut. kan dah pintu rosak. 
dan nasib baik jugaklah tingkap ni besar, dan cukup-cukup lah cik nak keluar masuk. memang macam beruk dah rasa, keluar masuk bilik memanjat. macam orang minyak lepas membuat onar kat bilik anak dara lepas tu lari. bezanya cik bukan orang minyak dan ini bilik cik. nasib la tingkap jenis sliding, kalau jenis tingkap lama? tak ke menangis nak terkencing?

nota tapak kaki berkerak: famili dalam perjalanan balik bersama tombol pintu yang baru. hari tu baru je kutuk husna sebab pintu bilik dia macam ni. sekarang kena balik kat cik. berfikir secara positif, cik eksesais sebab dok memanjat keluar.

_cik kedondong

No comments: