Wednesday, May 2, 2012

#trip: Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

cewah. macam nak berpidato pulak kannn.. kemain lagi cik rajin. habis segala entry cik update, tapi dah tentu lah schedule. takkan nak update dalam satu malam kan? nanti mesti korang malas nak baca. hahaha. perasan gila macam ramai orang baca blog dia kannn?? perasan tu harus, dan tak peduli lah.
kali ni nak kongsi pasal trip makan dekat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. ramai cakap kat sini mahal. cik tak berapa tahu sangat harga dia. ni pertama kali cik datang. tu pun sebab pakcik cik belanja. kalau tak, jangan haraplah nak datang kan.
adik cik dengan signbod Muara Ikan Bakar. tinggi seyh dia.sikit lagi je nak sampai dah papan tanda tu.hahaha. ramai jugak la pakcik cik belanja. rasanya 5 keluarga jugaklah. semua yang ada kat area KL je la. yang jejauh tu takkan nak jemput kan. jauh kot. masa-masa camni je lah nak jumpa sedara mara. nama je duduk dekat, tapi jarang jumpa. memasing sibuk medang..raya pun jarang dapat kumpul sekali.
ini tempat untuk pilih ikan. ikan dia kemain lagi segar. ada yang hidup lagi. macam biasa lah, ikut timbang lepas tu bagi diorang masak. tapi bagi cik, servis diorang laju jugak lah. nak banding dengan Sekinchan Ikan Bakar, memang slow habis.nak kata sedap sangat, tak ada la pulak.


cik tengok saiz tempat ni besar la jugak. tepi laut pulak tu. siap ada open air lagi. tak ada bumbung gitewww. makan macam feeling tepi laut (eyh??memang tepi laut pun) dengan tiupan angin laut memalam sambil makan sedap-sedap. kemain lapar lagi cik sekarang ni nasib gambar makanan tak ada.
yang ini baru separuh dari makanan yang diorder. itupun tengah tunggu ada yang pegi solat. waktu ni memang kebuluran je rasa. sotong celup tepung memang dah habis kene ratah dah. hahaha. tak menyabar nak tunggu orang. mana tak nya. makan tengah hari pun kuey teow je dari lebihan sarapan pagi. memang kebuluran la. Herbalife punya rutin pun macam abaikan je. hehe. sekali sekala orang nak belanja. apa salahnya kan??
makanan yang dah sampai bersama orang-orang yang bakal makan. cik memang bahagi la sebab cik sangat-sangat-sangat-sangat (punya banyak sangat) suka ikan yang digoreng garing. lepas tu tauhu bakar kat sini memang terbaik. seriously, cik ni buka n penggemar tauhu. tapi diorang guna tauhu lampung (tau tak? tauhu yang buat kari tu. macam tauhu kering) lepas tu kuah dia pun memang terbaik. tiba-tiba kecur air liur mengenangkan tauhu tu.
dah habis makan, haruslah menyembang anak beranak sedara mara sepupu sepapat. siap cik kena interview dengan makcik-makcik. soalan memanglah sama sahaja bila jumpa "bila nak langsung ni?", "tarikh majlis bila?". yadoiyaiiii..penat la jugak nak menjawab. tapi nak jawab apa, cik pun tak ada jawapan. kang macam terhegeh-hegeh pulak..hahaha.

lepas tu kitorang ada sesi ambil gambar keluarga. tapi dekat kamera sepupu cik la. cik tak ada pulak fb dia. hehehehe. tapi keluarga cik ada 2 orang tak ikot, ayah dengan achik. hahaha. melepas la diorang nak makan free. lepas dah kenyang makan, haruslah balik rumah sambil pecut laju-laju sebab dah mengantuk yang amat sangat.tidur haruslah nyenyak sebab kenyang makan free. thank you Uncle Zul. moga murah rezeki.
sampai rumah terus camwhore dengan kasut baru. macam hapa tah cik ni. sila abaikan kebersepahan katil dan bilik dan barang-barang.

nota tapak kaki berkerak: tunggu angah belanja pulak dengan gaji pertama dia.hehehe. tak sabar betul.

_cik kedondong

No comments: