Wednesday, April 18, 2012

Jamuan BR1M : Jamuan Penggemuk Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca

tak tahulah pulak kalau ada yang sudi nak baca blog cik yang tak berapa nak best dan tak tau apa hujung pangkal cerita. dengan ayat berterabur, gambar pun entah apa-apa, memang lagi la orang malas nak baca kan? tapi malas lah nak peduli, cik pun buat saja-saja je blog ni. nak berkongsi memori yang cik lalui je. 

lama kot cik buat blog ni. dari zaman tengah ijazah, belum ada pakwe, tengah desperate cik mula berblog. sekarang siap dah bertunang. tunggu nak kahwin tak tahu bila. doakan lah yang terbaik untuk cik. 

tajuk entry lain, tapi pembuka kata lain. memang lah kuat meraban je cik ni. entry ni pasal jamuan yang dianjurkan pihak LHDN Cawangan Shah Alam bagi meraikan kami; pegawai sambilan BR1M pada Jumaatt yang lepas 13 April 2012. tapi sekarang cik dah masuk unit. tapi kalau korang nak tanya pasal cukai, cik tak habis belajar lagi ok? 
nak diikutkan diorang nak meraikan kitorang yang dah berjaya menamatkan tugasan BR1M ni dengan jayanya. siap ada rekod tercipta lagi.haha. makanan haruslah katering. takkan la nak masak sendiri kan. jadi makanan haruslah banyak untuk menampung perut seramai 50 orang pegawai BR1M dan penyelia kitorang. yang vip ada bilik sendiri makan. diorang mestilah berhidang. kitorang je makan buffet.heheh.

gambar di atas ni cuma sebahagian sahaja makanan yang cik rajin nak ambil gambar. sebab cik dah kebuluran sesangat. tu yang malas nak pikir. lagi pun cik bukan suka makan buffet, cik ni tak makan banyak. cik ambil sekali jalan je, lepas tu duduk lama-lama untuk makan je. dah la cik ni obesiti, nak makan banyak-banyak pulak.

gambar orang makan haruslah amik kan. macam-macam gelagat orang, lagi-lagi tengah kebulur. ish..ish..ish, bayangkan orang Somalia ramai tak dapat makan. kebulur tu biasa je bagi diorang. tapi kitorang baru tak makan pagi, dah membebel tak hengat dah macam lah makanan dah habis kan. rasa bersalah yang meruntun jiwa.

bila dah habis makan, haruslah ambil gambar kenang-kenangan dengan rerakan. sebab masing-masing dah masuk unit. dah jarang jumpa, kecuali la terserempak kat mana-mana. pada hari yang sama jugak, pihak pentadbiran umumkan 7 orang pegawai yang ditamatkan kontrak. seriously memang sedih sangat-sangat, sebab ada yang cik tak terduga, nama diorang tersenarai dalam kontrak ditamatkan. sedih ok. gambar je la jadi kenangan.

selain dari group photos, gambar perasan sendiri haruslah ada bagi mengimbangkan memori dalam otak. jadi kena ada gambar dengan beberapa orang, nasib lah cik pakai baju hitam. tak ada lah nampak gemuk sangat. hahaha. jamuan ni diakhiri dengan tepung tawar yang dilakukan oleh budak lelaki. tapi diorang buat kat dataran bawah la. takkan nak buat dalam ofis tak pepasal semua kena buang. tapi nasib cik tak ada masa tu, cik dan kengkawan, dah ready lepak kat mamak tunggu diorang. patut la lama gila tunggu diorang.

nota tapak kaki berkerak : sakit hati sebab memori kad rosak. nak amik gambar masak kek tak lepas pulak. nak kena beli memori kad baru pulak.

_cik kedondong

No comments: