Sunday, March 25, 2012

bila pengembaraan sudah hampir ke penghujung

 kontrak cik dah nak  berada di penghujungnya. di sambung atau tidak, masih belum pasti. cik sedar cik tak punya skill komunikasi yang baik. cik seorang yang pemalu nak bertegur sapa dengan orang lain. jadi selesakan diri dengan orang yang cik kenal. 

sikap ni yang buat kan cik ni macam melukut di tepi gantang. ada atau tidak, tak beri kesan kepada syarikat. sesungguhnya bila penyelia cakap cik berada di boarder line, cik dah agak. sebab walau rajin macam mana pun cik, orang tak akan perasan sebab cik tak pandai bergaul, tak pandai mengipas, tak pandai mengampu. cik cuma tahu buat kerja yang diberikan je. cik tak kreatif. cik cuma dapat mengembangkan apa yang dah sedia wujud je.
cik sedar sikap cik ni perlu di ubah. sikap pemalu tak bertempat ni membuatkan orang tak sedar kebolehan cik,, dan cik pun rasa malu je nak mengembangkan kebolehan yang ada. belajar tinggi-tinggi pun tapi kalau skill komunikasi dengan baik tak ada pun susah. dah nak dekat 4 bulan cik keje, tapi penyelia tak ingat pun nama cik. huhuhu.. i have to change my attitude towards people around me.

_cik kedondong

2 comments:

afzan said...

4months and your supervisor still forget your name? dah kira melampau ni penyelia tu

farida tarmize said...

huhuhu..tau takpe..camne tah nak menonjolkan diri..