Thursday, February 23, 2012

Domino's Pizaaaaaa!!!!

 salam semua. 

selamat hari khamis. esok dah jumaat, lepas tu sabtu dan ahad cuti. tapi tak tau la dapat rehat puas-puas ke tak.harap dapat lah rehat. nak memasak pun, harap penyakit M tu tak datang melawat la. kalau tidak, apa kerja pun tak nak buat.

nasib la kerja cik ni tak ada yang kena bawak balik rumah selesaikan, kalau tak, memang pengsan sambil menangis la cik. dengan isu yang ada sekarang ni pun kepala cik macam dah berat nak memikir nya. kalau hal ofis ada la kot cik menjerit tengah-tengah malam buat.
 tadi sebelum balik ofis, ada ex-officemate belanja Domino's. cik dan kawan cik order ikut fon je lah, senang kan. yang si ex tu pulak, punya lah dia tak nak say goodbye pada kawan-kawan dia yang comel ni, dia pas je duit dan kupon pizza kat sorang kawan tu. masa ni pun dia tak datang. sedih tau cengginih. tapi sebab dah belanja pizza, maka hati dah terubat sikit.

kitorang order banyak jugak la, dapat 3 large dan 5 regular. ada lah nak dekat dalam 54 potongan kan. tapi kitorang je tak ramai pun. jadi dapat la makan 1 slice pastu kongsi-kongsi sikit. kenyang la jugak kot. air tidak disediakan, nasib hujan, jadi cik suruh diorang nganga mulut kat luar bangunan je.
ini lah rupa makhluk-makhluk rakus yang dah kebuluran dan konon dah lama tak makan pizza sebab tak mampu. tapi makan Kenny Roger's boleh pulak kan. hahahaha.pelahap memasing.

ini gambar-gambar orang yang bahagia dapat makan pizza percuma, cuma tambah seringgit sorang untuk dapat tambahan pizza lagi. sungguh comel kawan-kawan ofis cik. sayang pulak nak tinggalkan diorang nanti. tapi kerja pun tak dapat lagi kan.

pssstt: thank YM sebab belanja kitorang.

*bon appetite*

2 comments:

snuMun said...

besh tu dominos!

cik kedondong said...

tau tak pe..mun tau tak kat mana nak dapat whipped cream yg dalam kotak?