Friday, February 24, 2012

aku lah si pemburu itu..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

kemain pembuka entry dah macam nak baca berita dunia jam 10. nasib la kan, masa-masa tengah menaip ni la banyak berangan perasan pembaca berita hot gitewwwww..padahal tak hot mana pon la. lagi-lagi dah makin tembam..bam..bam ni.makan pun macam tak nak berhenti aja.

cepat betul masa berlalu, tau-tau je dah hari Jumaat. cik pikir-pikir ingat kan hari khamis, salah hari rupanya. banyak entry cik lebih kepada 'schedule post'. masa tengah banyak idea, kadang-kadang rajin je nak update kan. jadi cik buat schedule je la, jadi tiap-tiap hari akan ada entry bermakna atau pun tak. hehehe.

tajuk entry macam la cik ni nak pergi berburu apa kan. tapi kalau dah tengok gambar kat atas tu, sudah terang lagi bersuluh dengan lampu stadium, cik dalam proses mencari kerja tetap. buat masa ni cik masih lagi kontrak sambilan dengan LHDN, tapi tak dapat dipastikan macam mana nasib cik. harap ada lah rezeki buat cik.
 tapi buat masa ni cik bersyukur dengan kerja yang cik ada. sekurang-kurangnya cik masih ada rezeki nak bayar pinjaman atau apa-apa hutang yang kena bayar. tak ada lah cik susah kan ayah cik. tapi cik harap dilimpahkan rezeki pekerjaan dan kewangan. nak mendirikan masjid ni banyak jugak nak guna wang. dah sehabis boleh nak rancang buat yang sederhana simple, tapi tetap banyak jugak yang keluar.

kalau sesiapa ada kerja kosong, boleh lah refer kat cik, nanti cik belek-belek.hehehe..

nota tapak kaki berkerak: terasa betul diri dah tua bila susah nak dapat kerja.

_cik kedondong

No comments: