Monday, August 8, 2011

Tragedi Sungai Ruil

ASSALAMUALAIKUM

muka depan Harian Metro 

takziah buat kaum keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg Sungai Ruil, Brinchang, Cameron Highland. cik tahu mengenai ni bila baca twitter. memandangkan kerja, cik memang agak jarang lah nak menonton tv kan.

masa cik dapat khabar berita ni, cik cuma berharap ada yang selamat. dan bagi yang terkorban cik doakan Allah merahmati mereka. cik tak tahu pun kg sungai ruil ni kat mana. cik cuma tahu ada tanah runtuh di cameron highland je.
 tapi bila kawan cik tag cik kat status facebook. 

baru cik tahu rupanya cik penah gi kampung ni. masa tu kitorang ada subjek Hubungan Etnik. jadi kami buat lah trip ke Cameron Highland. dan kampung ni termasuk dalam acara lawatan kami. memandangkan perkampungan ni perkampungan Orang Asli Muslim, jadi masuklah dalam kawasan kajian kelas cik waktu tu.

cik memang terkejut dengan apa yang berlaku. berharap kaum keluarga yang terlibat bersabar dan berdoa di kuatkan iman dalam menghadapi dugaan dari Allah.










gambar-gambar di atas semasa kelas cik melawat Kg Sungai Ruil untuk tugasan Hubungan Etnik.

dan gambar di bawah pulak adalah gambar kejadian tanah runtuh ni. ketika gerakan mencari dilakukan. gambar ihsan dari google.


tak banyak sangat gambar yang ada. berita boleh tengok dekat tv ke, surat khabar ke atau pun blog2 yang update. cik pun tak baca sangat. sebab cik ni ciwek sikit [kaki nangis].
kalau nak ringkasan boleh jugak lawat web ni ada la cerita serba sedikit.

p/s: mereka yang menghadap Nya di bulan Ramadhan di selamatkan dari seksa kubur hingga Akhirat kelak [sila betulkan jika salah]

_cik kedondong

3 comments:

- abdul hadi abdul muti - said...

punca tanah runtuh sebab aktiviti manusia ke? sebab dulu pernah singgah kat kawasan orang asli, borak borak dengan pakcik tu, dia complaint,sungai dah keruh, susah nak cari makan. kesian diorang.

farida tarmize said...

runtuhan ni sebab hujan tu yang tanah runtuh. tapi bila dah kawasan tanah tinggi kene tarah je, tu yang hujan pun senang je nak runtuh.

Faizal Sulaiman said...

tempat ni sangat cantik masa kita pergi.apa2 pun takziah diucapkan pada keluarga mangsa