Monday, November 1, 2010

aku dan blog vs blog dan aku

tajuk entry macam takde beza. orang yang suka nak susahkan akal fikiran mesti sibuk berfikir apa yang cik cuba sampaikan dalam tajuk

bagi cik senang, tak payah nak pikir susah2 dik oiy. sakit kepala nanti. benda tak penting. tapi kalau kerja korang memang dibayar untuk berfikir apa maksud tersirat dalam setiap tajuk entry blogger, cik harap korang di bayar gaji dengan setimpal.

kali ni entry masih lagi entry kosong. kosong takda makna. takda membawa kebaikan atau keburukan. sekadar entry suka-suka yang belum tentu orang nak hadap. 

cik bukan seorang penulis atau seorang yang banyak cerita menarik untuk dikongsi macam kawan cik si pejal ni. bagi cik dia seorang penulis tegar yang sentiasa ada idea dan topik2 hangat (walaupon tak membakar jiwa sangat) untuk dibincangkan. dia ada sesuatu yang akan buat orang datang untuk membaca. even cik pun akan datang baca setiap entry walaupun nak komen malas, sebab dia akan dapat banyak orang komen. jadi cik ni macam tahi gigi lah.tak komen pon tak bawa kesan. cukuplah jadi silent reader [sekarang dah terkantoi].

dulu rajin cik nak update blog. rasa macam setiap hari ada benda menarik berlaku. sebab dulu zaman belajar. ada je benda nak buat bila lapang. ajak kawan gi makan la, melancung la. kadang- kadang rindu sangat masa yang dah berlalu. tapi tu lah, masa dah berlalu. tak mungkin akan sama macam yang lalu. semua pun dah mula bekerja. dah mula sibuk dengan kehidupan masing2 dan status masing2.

cik adalah seorang yang akan melupakan apa yang cik tak suka. kalau cik benci zaman sekolah, cik takkan ingat apa2 pun, kecuali kawan yang betul2 rapat. yang lain tu, cik memang takkan ingat. tapi cik sangat2 menghargai zaman final year cik masa degree di UiTM. cik sangat enjoy waktu tu. perasaan seronok yang buat cik sedih sebab masa begitu singkat dan cepat sangat berlalu.











semua gambar2 ni cuma sikit aja dalam folder cik. gamba banyak sangat sampai bila tengok teringat terus kenangan waktu tu. kelakar. zaman en jambu test market. nasib berjaya..hahahaha*blush*

p/s: kalau korang prasan sluar jean yang cik pakai tu, masa zaman ni ketat gila.maksudnya cik punye peha besar. skarang seluar tu longgar sampai cik sakit hati sebab kene pakai tali pinggang. 
p/s2: peha je kecik, perut dah buncit sebab banyak makan.

_cik kedondong

4 comments:

nfahk said...

rindu ngn ko cik..dh lame tak jumpe, since ko pindah puncak.. kan? kan?

cik kedondong said...

btol..lama tak jumpe..ni kalo ko keje sarawak lagi la..mana nak jumpe dah

nfahk said...

TUNGGU LA AKU KONVO NNTI.. KTE JMP B4 AKU FLY K? INGT NK LEPAK2 DULU.. HEHE
[SORRY CAPS LOCK ON] MLS NK TUKAR..HEHE

cik kedondong said...

ko konvo bl pulak?