Tuesday, July 13, 2010

selamat datang ke Port Dickson

*amaran keras: entry ini sangat panjang dan banyak gambar*

akhirnya, berkesempatan jugak cik mengupdate trip ke Port Dickson.memandangkan cik kerja petang hari ni, cik korbankan la masa tido cik.hahahha..

mula-mula takde plan pun nak gi bercuti.tapi TM cik dia blast out email, tanya nak buat apa cuti memandangkan kitorang cuti 2 hari waktu bekerja.dah tensen je semua kan kene jawab call.mula la masing2 vote nak main bowling la.last2 paling ramai vote nak gi piknik [tapi yang pegi sket je pon..vote je lebih].biarlah janji pergi.lepas tu dah pilih punya pilih, kitorang pergi la PD.mula ingat nak piknik buat bbq je.sekali diorang ajak tido lak.ayah cik pun suruh tido sana je memandangkan nak bali mesti penat punya.

jadi kitorang pun bergerak la hari isnin 12 julai..bergerak dengan penuh eksaited ni.siap cik bangun awal lagi [bahahaha..macam lah tak penah bangun awal].cik letak gamba seiring dengan perjalanan cik.jadi cik terang ikut gambar la.tu pon kalo korang nak baca entry ni.kalau tak nak, sila lah tekan pangkah kat atas kanan tu.heheheh..


matahari baru nak keluar, cik dah keluar rumah.orang sebok nak gi kerja, cik sebok nak gi putrajaya kutip reen.hahaha..gila lah.dah la langit geap je, mendung macam nak hujan lebat.nak kata ada matahari tu, macam tak nampak sangat la.

signboard gi umah reen precint 9.tengok la langit pon.gelap semacam je.kitorang decide nak berkumpul dekat RnR Seremban je.jadi cik pun terusla drive ke sana.

sampai je terus cari breakfast kat KFC [brekfas nak kfc..gile blagak].tapi sedih gila tengok brekfas dia.macam tak ikhlas je..pelayan dia pun sama.tunggu punya tunggu, si anoi baru nak bangun, kak roza stuck kat umah dia sebab lif rosak.kira nak dekat sejam lebih la kitorang lepak situ.nasib baik anoi ngan nazmi datang cepat.kalu tak mau cik ngan reen membebel kat situ.

anoi dan nazmi

cik kedondong dan azreen

dah sampai PD, kitorang menuju ke kanan ke Glory Beach Resort.ikot ketua la.ketua nya Kak Roza.jadi kami ni membontot je ikot kete diorang.

dah jumpa budak kecik comel..yea!!


posing sementara nak tunggu dapat masuk hotel.anoi menggunak kad ape tah tok dapat diskaun.jadi kene la tunggu feedback dari itu orang.

inilah room rate untuk Glory Beach Resort. Rate yang kitorang bagi tok hotel ni errrr..sikit sangat, sebab banyak yang tak puas hati.

budak kecik ini nama nya danish mikail, anak sulung TM cik.

sudah lapar mintak susu.kami yang lapar kene la tunggu.

keluarga bahagia..hahah comel nye si budak kecik


sudah sampai bilik..geli tengok laut masa tengah surut.dah la banyak lumut, lepas tu bau memang tak boleh tahan [mengada betul cik ni].

pukul 4 ptg, kebulur nak mandi macam orang tak mandi.jadi kitorang dengan semangat gi ke swimming pool nak gi mandi..hahaha.

mana eja ni?

sudah sampai kolam renang.tak de orang,jadi ini tempat kami yang punya..hahahah..siap gelongsor tok budak2 tu pon kitorang tibai.

cik tak tau D'Kokomo ni merujuk pada tempat apa.

dah puas mandi, kitorang gerak gi pantai kono nak buat bbq.tapi kat teluk kemang tak leyh buat.kene cari pantai lain..memang susah gak nak buat kat sini.

cari punya cari..

singgah sekejap amik gamba mika..

dah sampai dekat dengan pantai teluk kemang, cuma ke depan sikit je.tu pon nak buat bara lah ape lah amik masa jugak.last2 kitorang tak mandi pon kat situ.dok sibuk membakar mana nak mandi.

kak roza kata, baby mika suka laut.

membakar lagi.tukar turn mengipas.

banyak weyh kitorang makan.dah masak makan..tak penah nak penuh pinggan tuh.

bakar lagi..

matahari dah nak terbenam. 

menunggu matahari terbenam, tapi ayam tak habis bakar lagi.
dah siap bakar kitorang pun balik.konon nak mandi swimming pool waktu malam.tunggu punya tunggu dorang dah siap mandi tapi bukan kat swimming pool, kat bilik air.penat je tunggu.

tapi keesokan hari cik buat bising sampai diorang bangun ajak gi mandi swimming, brekfas pastu main kat pantai.hahahah.

pagi yang sejuk.

kitorang gi pantai dulu.ni gambar diorang tengok obor2.

kami je yang pegi.yang lain tak tau gi mana.

cubaan melompat yang pertama oleh nazmi.

yang kedua kurang jadi.reen spoil la.

pastu kitorang buat gambar tapak kaki lak
dari kiri: eja, nazmi, anoi, cik, reen


muka mika tak teruja langsung tengok benda pusing2 ni.
dah lepas habis mandi, makan, kitorang bersiap nak check out la.pastu lapar nasi sebab makan brekfas tak sedap kitorang pon cari makan sampai kat teluk kemang.lepas habis makan kitorang dok jalan2 kejap tengok orang berjual.

mak mika pulak yang seronok.

budak kecik dapat topi baru..woooo..
ingat nak amik gamba ni sorang2.tiba2 ada nazmi pulak.syuh..
nazmi's kiss for his fiance.

sekian lah cerita pergi PD, pasni ada trip gi Genting Highland pulak tajaan Astro.ya la, penant maaa jawab call, kene marah dengan customer sepanjang Piala Dunia.jadi kene la bagi rehat. kitorang gi genting ikot batch. 

_cik kedondong

2 comments:

Lady Waleane said...

cik, baju ko gamba last tu cam sama jek ngan baju aku. love2 kan?

farida tarmize said...

hahhah..betul la..same kot..hahah..pji bagi aku