Sunday, April 11, 2010

THINK POSITIVE!

entry hari ni pasal THINK POSTIVE!
wah.wah.wah!macam entry dari pakar motivasi pulak.hehehe.cik cuma nak cerita mengenai perubahan diri cik bila dah meningkat dewasa ni[ayat nak cover.padahal dah tua]..dari mula masuk PLKN cik dah rasa banyak perubahan.walaupun masa kat PLKN tu cik rasa macam sia-sia je.

salah satunya ialah, THINK POSITIVE! baru cik sedar bila bangun pagi dengan berfikiran positif dapat mengubah hari kita.contoh la kan:
1. bangun pagi
cik bangun pagi mesti la baca doa bangun tidur kan.pastu cik takkan sekali-kali cakap cik malas nak buat apa-apa.macam bangun pagi-pagi cakap "ohh! malasnya nak pergi kelas!".confirm lah pastu satu hari cik malas nak buat kerja.rasa nak tidur je.jadi cik selalu tanam dalam fikiran, walau macam mana malas pun cik nak bangun, cik tak kan sekali-sekali cakap malas.
2. buat kerja
seboleh-bolehnya cik tak nak cakap "saya tak reti la nak buat ni.bagi orang lain boleh?"cik akan tanya dulu macam mana nak buat.cik akan cuba buat selagi boleh.kalau kena marah banyak kali sebab nak siapkan pun cik tak kesah.janji cik belajar.

bila dah kerja ni baru cik tau, lagi banyak yang nak belajar nak hadapi alam pekerjaan ni.dekat Uni pun belum tentu dapat.takpe la.janji cik belajar pastu tahan sabar je la.

esok nak kerja.kena la tidur awal.

p/s: kenapa ayat-ayat cik skema?

_cik kedondong

2 comments:

nn said...

think postive. cakap senang. nak buat susah -_- see. tak optimistik langsung diri ini.. huhu

cik kedondong said...

hahaha..memang susah pon nak buat.tapi kalau nak, boleyh je.