Tuesday, June 2, 2015

Terjah : Milk Moustache Cafe

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hahahaha. Seronok gila dah habis pantang. Boleh keluar jalan sana sini. Tapi takde la ligat mana kan. Makan minum still kena pantang sebab menyusukan anak.

Dah ada anak ni nak jalan saje2 mesti tak boleh. Asyik teringat anak kat rumah je. Buat masa bi tak boleh nak bawak lagi sebab carrier dia tak dapat lagi. Dok tunggu je la ofis bagi, tak bagi- bagi lagi. Hehehehe

Sebelum bersalin hari tu ada baca blog pasal cafe korea kat kajang. Memang teruja habis la kan nak gi. Suami suruh tunggu habis pantang dulu. Ni dah habis pantang, terus ajak suami gi makan kat Milk Moustache Cafe di Taman Putra Kajang. Sebaris je dengan Laman Grill dan Modest Culture milik prof Muhaya.

Cafe dia terletak di tingkat 1. Tingkat bawah dia untuk kitchen. Jadi sila terus naik atas, kang korang masuk dapur orang lak.
Cafe dia ringkas je pehtu comel je. Menu pon comel.

Menu tak banyak tapi still pening kepala nak makan apa. Hahahah. Sebab macam semua nak try. Harga bagi cik berbaloi la. Portion pon boleh tahan. Nak murah macam mi kari tak dapat la. Bahan dia ada yang beli dari korea.

Panorama view dalam MM Cafe. Comel je siap ada kartun2. Pehtu ada gamba owner melancong kat korea kot. Tak tau la melancong ke diorang tinggal ke apa kan.
Siap ada guide macam mana nak makan bibimbap.
Memandangkan cik pantang ais 100 hari, jadi cik minum Honey Citrus Tea. Encik Somi amik air apa tah dalam korea. Tapi soda float la. Tapi somi kata lain sikit rasa soda dia.
Cik order Akdong Fried Rice. Konon nak makan Jjangmyeon, sekali mengenangkan bakal kelaparan dengan pantas, cik makan la nasi.
Encik somi lak makan Jjampong. Hehehe. Lepas tu kitorang macam dok teringin nak makan deobokki, sekali sampai besar kauuu mangkuk. Untuk kitorang la. Nasib tak order, kalau dak tak habis.

Servis dia ok, tapi makanan tu lama jugak la nak sampai. Tengok meja sebelah siap dah habis air diorang baru makanan sampai. Cik punya air ade la separuh dah kena minum, tapi sebab dok ralit nengok Running Man, jadi tak sempat la air tu nak habis.

Untuk akdong fried rice dia cukup rasa, tapi macam ada rasa umami. Rasa aji je. Jjampong somi pon sedap. Tapi bak kata somi memang makanan korea la. Sebab pedas dia tak sampai. Hahahaha

Kick dia tu macam secoet je kat lidah. Jadi kalau orang cerewet sila jangan amik jjampong ke apa, kang korang frust lak. Sebab kuah dia memang takat sup rebus lepas tu letak serbuk cili je. Sebab kalau tengok korean nyer food memang macam ada satu rasa tak sampai. Hahahah. Tapi makanan dia memang rasa segar, tak berat dan sihat je rasaa.

Hari ni cik nak gi lagi belanja adik bongsu sebelum dia masuk belajar esok. Lupa ada orang Korea (adik cik lettewww) kat rumah. Hahaha. Die hard fans hallyu sangat tuh. Jadi bagi lah dia rasa. Kot2 pudar hati dengan Korea. Sebab dia tak adventurous sikit bab2 makanan, tak macam family cik yang lain. Jadi kalau tak habis cik pksa jugak dia makan sampai habis.

Nanti cik share lagi apa cik makan hari ni.  Kawan cik siap kirim Banana Uyu 2-3 kotak. Jadi kena rasa jugak la kan. Kang meleleh air liur kawan cik lama nawwww mengidam banana uyu.






No comments: