11 April 2015
Kalau ikut due date yang panel swasta bagi. Kalau 10 April, due date klinik kesihatan.
Jam 6 pagi cik kena induce Untuk kali kedua. Kali kedua induce, buat cik rasa violated. Entahlah. Cik tak dapat nak rasa sakit tu secara semulajadi. Induce ni merangsang bukaan rahim. Kalau tak bukak diorang nak induce kali ketiga.
Alhamdulillah, suami cik sentiasa datang melawat je. Hari sabtu ni memang cik perlukan dia sangat2. Masa dia melawat kol 6.30 tu cik happy gila, bila dia nak balik jam 7.30, cik rasa nak nangis je. Nak tunggu kol 12.30 waktu melawat tu lamanya lah.
6 jam lepas induce kedua, lebih kurang jam 11.30, doktor cek bukaan. Alhamdulillah bukaan dah sampai 3-4 cm. Doktor kata tunggu labour room panggil je.
Waktu melawat 12.30 tu pulak somi datang lambat, masa tu dah start rasa sakit sket2. Contraction setiap 10 minit datang. Sampai tahap cik terbaring je menangis. Bila somi datang, mntak dia tolong cik, sebab cik nak solat zohor.
Setiap kali sujud cik doa moga bukaan makin besar, moga mudah anak keluar. Masa suami cik solat zohor pulak, tepat je suami bagi salam, cik tengah tidur masa tu, cik boleh rasa air ketuban pecah habis. Terus panggil nurse. Pehtu doktor pon datang, bukaan dah jadi 5cm.
Nurse dari labour room pon datang bawak cik gi labour room. Alhamdulillah suami ada je, cuma dia kena masuk dari dewan bersalin. Cik dah settle down je dalam bilik bersalin, terus tekan bell nak mintak suami masuk.
Bila suami masuk, bermula lah episod contraction. Kuat sangat sampai cik terpaksa hisap gas apa tah, tapi memang jadi lalok je. Bila tak sakit cik mintak suami baca je surah ke zikir. Sebab cik memang tak boleh pikir nak baca surah apa dah. Bila contraction datang dalam 3-5 minit, sampai terkencing2 cik tahan.
Bila contraction sminit sekali, cik sampai nangis cakap ngan somi tak nak beranak dah. Sakit. Memang sedih sebab suami cik menangis sekali. Kadang2 cik doa moga sebelum maghrib bukaan dah besar. Nak beranak, nak beranak, nak beranak je cik doa.
Kol 7.30 petang doktor cek bukaan dah 10cm. Kepala baby pon dah nampak. Bila cik nak teran, contraction tak lama, jadi cik tak boleh nak teran betul. Last2 doktor masukkan drip untuk kuatkan contraction. Pehtu doktor tu boleh lak gi jenjalan.
Dalam beberapa minit je cik rasa macam nak berak sangat2. Cik suruh somi panggil doktor. Teran yang pertama cik macam tak dapat teran betul2. Yang kedua, nurse yang datang tu suruh teran bila rasa contraction datang. Contraction lak sebijik cam nak berak. Somi cik terus ampu kepala, cik pegang kaki pehtu terus terannnnnnn je. Somi cik siap cakap sikit lagi, sikit lagi, lepas tu tiba2 rasa cam benda keluar besar. Nurse terus cakap baby dah keluar dah.
8.24 malam : Masa tu terus cik dengan suami senyum je. Alhamdulillah. Tu je yang kitorang mampu sebut. Besarnya nikmat yang Allah berikan pada kami. Baby pulak nangis sikit2 je, nurse angkat sikit tunjuk baby apa, lepas tu letak kejap atas dada, lepas tu dia amik untuk cek. Dalam masa dia cek tu, nurse yang sambut baby tu start jahit. Bila dia jahit, cik pakai lagi gas lalok tu, sebab sakit kot.
Dalam jam 10 lebih baru lah cik dihantar ke wad. Malam tu tak boleh tidur. Sebab eksaited nak balik rumah. Eksaited tengok anak. Cik dengan somi dua2 eksaited.
Alhamdulillah. Lahirlah anak kami, amanah Allah buat kami. Pengikat cinta dan kasih sayang kami. Insya Allah
Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
Email : faridafathima86@yahoo.com
1 comment:
alahaiii..comelnye
bulu mata pjg..
tahniah dek..
Post a Comment