Sunday, February 8, 2015

Siapa nak tengok movie freeeeeee?????

Yeayyyy.

Orang Malaysia memang suka benda free. Eyh. Orang mana yang tak suka kan? Semua orang suka. Free. Tak payah bayar. Tak payah keluar kan duit. Ambik je.

Ekceli nak cerita pasal GSC IOI CITY MALL Putrajaya yang baru je bukak tu, bagi free screening dari 6 Feb - 11 Feb 2015.

Hari tu cam mesej ngan achik, memandangkan diorang semua takdok kat rumah, tapi cik nak balik umah so sembang la konon nak pi IOI city. Nak tengok apa yang hip dan in sangat sampai semua orang update pi ioi kan.

Cik bukan jenis kaki jalan mall. Kecuali ada kedai mekap best kat situ. Tetiba google dapat tau ada Sephora. Memang hati berbunga-bunga la kan. Pancing suami ajak pi situ. Konon nak tengok apa ada kan. Padahalllll..

 Lepas tu achik cam bagi pamplet ni. Mana dia dapat tak tau la. Tengok best wooooo. Free screening kot. Tapi takde detail camna nak dapat pas ke apa. Pehtu dengan somi macam, takyah berharap la. Mesti ramai nanti.

So kitorang datang takat jalan2 je la. Skali kitorang parking kat Zon C yang memang direct  terus ke GSC nyer area. Skali tengok tak ramai. Pehtu ada bro GSC ni cam tengah agih2kan pamplet. So kitorang cam saja2 la pegi nak nengok kan.
Rupanya ni lah pas percuma tu. Dapat 1 benda ni sama dengan 2 tiket free untuk redeem. Peh tu apa lagi, cik pon mintak la satu. Jadi dapat la dua. Boleh la nak marathon  2 cerita kan. Mintak dua dahlah. Baanyak2 pun buat apa, membazir je.Sebab ada dua cerita kitorang nak tengok hari tu, tapi cam bajet takdok. Alang2 kat sini ada, memang amik je la kan.

Memandangkan cik ni suka menyebarkan kebahagiaan, maka cik terus war-warkan pasal benda ni. Hehehe

Jadi kalau sapa nak gi tgk wayang GSC yang baru sila-silalah pergi masa free. Kalau ada cerita yang korang tak tengok lagi la. Kalau dak korang tunggu je la screening cerita baru 12 hb nanti.

Selamat menonton!!
________________updates _________________

Korang boleh print jugak pas tu dari website GSC untuk redeem tiket terus. Tapi still kena gi kaunter. Sorang boleh redeem 2 pas / 4 tiket sahaja. Kalau nak marathon banyak2 tu pandai-pandai la korang.

Ida Tarmize

1 comment:

free online to watch movies said...

ingat ada list movie free online..haha..tapi xpe la ok juga untuk pembacaan.. ni saya share link free online movie yang saya ada... nama dia tengokmoive.com terbaik website ni.. bersih dari iklan tu...