Friday, January 30, 2015

Checklist : Barangan Baby - Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Sambung lagi dengan barang baby yang boleh dibeli lepas bersalin. Nak beli sebelum pon boleh kalau ada rezeki. Checklist ni berdasarkan pertanyaan pada kawan-kawan, parents, lepas tu bincang dengan suami. Bak kata suami beli apa yang perlu dulu. Kalau ikut nafsu ibu, memang lah nak beli semua. Hahahaha.

Jadi kalau siapa nak ikut boleh jugak, tak nak takpe. Sebab ini kemampuan memasing. Mampu pun belum tentu perlu beli kan? Jadi beli apa yang perlu je.

Huhuhuh. Istiqamah lah farida. Kata nak didik anak-anak jadi hidup di bawah kemampuan kan. Jadi mula dari sekarang lah.

1. Car Seat
Car Seat ni bagi cik barang penting sebab ini untuk keselamatan anak kita sendiri. Ada ibu bapa dia tak kisah sebab selesa pegang anak sendiri. Jadi bila dah biasa mak ayah pegang duduk seat depan, bila dah besar dia takmau duduk dalam car seat. Last2 semua menempel kat depan sampai pemandu terganggu. Ni base on experience diri sendiri peh tu tengok kawan-kawan kan.

Selain dari tu, car seat penting bagi cik, lagi-lagi kalau drive sorang. Takkan kita nak pegang pulak kan? kena la letak dalam car seat.

Nak cari car seat pun penting. Cik pernah gi kedai barangan baby dulu, tengok ada couple cina bawak anak dia beli car seat. baby tu dalam 2 bulan kot. kecik lagi. macam-macam dia tanya dekat promoter tu. Saiz sampai umur berapa, apa beza dengan yang lain. Siap nak try setiapsatu nak pastikan anak dia selesa nak duduk dalam car seat tu.Fuhhh.

So dari situ cik macam fikir, kalau beli car seat sebelum bersalin pun susah jugak. Tapi kalau beli mungkin kita kena selalu cakap dengan dia, jangan memilih sangat nak duduk. Insya Allah. Moga-moga dia selesa.

2. Baby Carrier

Baby carrier zaman sekarang ni banyak betul. Ada yang jenis sling lah, backpack lah. Belum cerita jenama yang macam-macam. Yang asli, yang tiruan semua ada.Ibu ayah yang kena buat pilihan. Ada carrier yang harga asal melebihi RM400, peh tu tiruan dia pulak dalam RM80 je.

Bagi cik, terpulang pada masing-masing. Tapi macam cik jenis kalau barang yang melibatkan nyawa, cik pilih yang original. Sebab tiruan mungkin baik atau lebih baik, tapi warranty tak sama macam original.

Cik ada join group dekat fb ni pasal Malaysian Babywearing. Pasal kesedaran penggunaan baby carrier yang original dan jugak cara pemakaian yang betul. Salah pakai nanti tulang anak pulak yang tak betul.

3. Besen Mandi Bayi
Besen mandi bayi. Memula ingatkan nak beli sebelum bersalin. nak buat mandi anak. Sekali ibu cik kata tak yah beli dulu. Masa awal-awal baby tengah kecik lagi, mandi kat singki guna besen kecik. sebab kita akan ampu dia sendiri, pastu alirkan air sikit-sikit dengan tangan.

Bila dah besar macam 3 bulan tu baru baby dah kuat nak kita baringkan sambil pegang dalam besen. Lagipun masa pantang, tak elok mencangkung ke apa, kecuali la korang ada space besar nak letak besen tu kat atas, jadi korang mandikan baby dalam keadaan berdiri.

Kalau nak bagi suami mandikan pun, awal-awal sama jugak. Tapi cik macam berkenan Baby tub cam dalam gambar atas ni. Masa gi expo Baby ada jumpa baby tub yang jenis foldable punya. macam best pun ada jugak. Tapi tengok suami bagi ke tak lah. Orang lelaki ni dia fikir rasional sikit nak banding perempuan yang buat list tapi akhirnya sambar apa saja walau tak perlu. Hahahaha

4.  Maternity Bag
Beg ni kalau ikut cam penting sangat-sangat sebab nak isi barangan bayi bila nak berjalan. Tapi memandangkan 44 hari pantang dari keluar rumah, jadi malas nak fikir sekarang. Yang cik fikir ialah nak pau adik cik untuk beli beg ni. hahahaha. jimat tak?

beg maternity sekarang pun dah makin cantik, tapi cik tak tahu nak cari yang macam mana. Sebab nak pau adik cik, jadi kena pilih yang cantik dan tahan lama la kot.

5. Baby Stroller

Baby stroller ni memang barang perlu la kot lagi-lagi nak bawak anak berjalan. Tapi nak kena pastikan jugak, saiz, berat dia berbaloi ke tidak. Maklumlah dengan kereta Myvi tak boleh la nak fikir pasal stroller besar ke apa kan.

Hari tu ada jugak tengok stroller yang 3 dalam 1 punya. Dia ada stroller, car seat, peh tu car seat dia macam boleh jadi rocking chair. Tapi harga boleh tahan jugak, makan mungkin akan pau orang lagi.  Hahahaha.

Sekian lah apa yang cik dapat dari kawan-kawan. Cik pun belum tentu beli selepas, mungkin tak beli langsung sebab pau orang kan. Banyak jugak barang yang kawan-kawan cik kata tak perlu beli awal-awal. Alasan diorang nanti mesti orang bagi. Lagi-lagi baju kan. Memang orang suka sangat bagi baju. Tapi itu lah namanya rezeki anak. Insya Allah.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

No comments: