Saturday, January 24, 2015

Checklist : Barangan Baby - Sebelum Bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah masuk 7 bulan dah kandungan cik. Orang tegur tak besar pun, tapi cik rasa dah besar lagi-lagi cik asyik makan benda mengarut je kan. Ish..Ish..Ish. Ikut nafsu sangat memang kembang semangkuk la kan. Bukan semangkuk dah ni, macam sebesen pun ada jugak.

Bila dah masuk 7 bulan,boleh la beli barang baby sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit sampai tak tahu nak letak mana. Hahahaha. Melampau sangat kan. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Kalau nak beli ikut nafsu,jenguk2 jugak poket la kan. Kang takde apa sangat dalam poket tu pon,tapi belanja nak gah, lepas tu susah hati nak membayo pulak kan dah jenuh.

Masa awal-awal hari tu dah tanya dah kawan-kawan pasal barang nak beli kan. Ada je yang diorang kata tak payah beli awal-awal, sebab belum tentu sesuai dengan baby, jadi beli yang perlu masa dalam pantang je. Senang. Sebab kadang-kadang bila tanya kawan-kawan ni best, nanti kalau ada benda diorang ada beli tapi tak nak pakai,dia bagi je hadiah kat kita. Hahahahha. Nampak tak trivck di situ. Pandai sangat.

So, berdasarkan perkongsian kawan-kawan tu la, cik tulis pos ni. Tapi ada dua bahagian lah, Sebelum dan Selepas. Kan senang buat panduan. Ni kalau korang nak ikut la. Ada kemampuan, malas nak beli selepas boleh je korang nak beli. Takdak hal. Duit korang.

SEBELUM BERSALIN

1. Baju

Baju ni kawan cik kata untuk newborn beli dalam 7 helai pun banyak dah. Sebab baby cepat besar. Jadi newborn tak payah banyak2. Kalau nak banyak beli baju 0-6 bulan. Tu pon tak payah banyak sebab diorang kata nanti mesti orang bagi banyak. Hahahah.

Selain dari baju, beli jugak sarung tangan dengan kaki dia, topi ke kot la nak berjalan malam, tutup la sikit kepada dia kan. Baby ni ketahanan dia tak sama macam kita yang dah dewasa konon tahan sangat kan.

2. Sabun basuh baju

Ibu cik kata, kulit baby tak sama macam kulit orang dewasa, jadi kena lah basuh baju baby dengan sabun pencuci khas. Kalau Shaklee pon ada jugak sabun basuh yang boleh digunakan untuk bayi dan orang dewasa. Sebab sabun tu organik dan sangat sesuai dengan kulit sensitif.

Jadi beli sabun ni awal-awal, so boleh basuh baju-baju baby yang baru beli tu. Bagi bau sedap boleh gomol-gomol baby yayang.. gewaaaammmm..

3. Sabun mandi / syampu / bedak / losyen

Makcik cik ada suggest beli sabun baby yang travelling pack tapi berlainan jenis. Sebab kalau kita bila besar,belum tentu sabun tu sesuai dengan baby. Jadi kalau kecik tak rasa membazir sangat. Kecik-kecik pun kena ajar baby membazir amalan syaitan.

Selalunya travelling pack ni orang bagi dalam bentuk hadiah jugak. Jadi mana yang sesuai, boleh beli yang besar terus. Sebab mana tau kan,sabun badan baby sesuai dengan Johnson's, syampu dengan Pureen. Jadi kenalah jaga-jaga.

4. Minyak telon / minyak bayi

Minyak telon ni boleh dapat (ko ingat kedai tu bapak ko yang punya??) beli di kedai jamu atau kedai barangan baby. Ada je yang guna minyak Yuyi cap Limau. Ada yang memang tulis minyak telon. Jadi sila tanya mak korang atau tanya orang kedai. Minyak ni tak panas pun, tapi cukup panas untuk baby. Kegunaan dia nak elak badan masuk angin, elak kembung perut, pastu bagi baby panas je.

5. Tungku baby

Sekarang dah banyak yang jual tungku baby. Nak tuam-tuam kat kaki lah, perut lah bagi tak berangin. Ibu cik kata, dia buat pakai tali pusat je. Pastu bila dah ada anak lain masukkan jugak tali pusat adik nya tu dalam bekas yang sama. Buat tungku jugak. Petua orang tua-tua nak rapatkan adik beradik. Petua je kan. Nak buat boleh, taknak buat pun tak apa.

6. Bedung

Zaman sekarang ramai dah tak bedung anak. Bukan anak rimas, mak yang rimas tengok anak kena bedung. Cik pernah tanya bidan urut dulu, dia kata bedung tu nak bagi baby punya badan lurus, kami tak mengengkang ke apa - kata bidan itu. eh..eh..eh..

Ibu cik pulak kata, kalau nak beli kain bedung tu cari kain kapas yang elok. Jadi baby tak la kepanasan dalam tu. Dia rasa nyaman je, nanti memang di tak kesah pun berbedung. Tapi zaman sekarang banyak jumpa bedung guna kapas yang kasar tu. bila bedung anak, anak rasa panas rimas. Tu yang ada kejap je keluar tangan.

7. Tuala mandi

Tuala beli la ikut korang. Tapi ibu cik beli yang ada tutup kepala sekali. Senang sikit nak lap kepala.

8. Tuala kecik untuk lap 

Tuala ni guna untuk lap muntah ke, lap-lap badan kalau waktu nak mandikan tak sesuai ke.

9. Tisu Basah

Memang untuk lap punggung baby kalau dia lepas kencing ke, tak perlu nak bawak gi basuh dengan air mengalir. Pakai spray pon boleh.

10. Barut



Barut baby untuk ikat perut baby. Orang tua-tua kata untuk elak perut kembung jugak. Kalau sebab lain kena cari pulak. Tapi zaman sekarang ramai dah tak pakai kan baby barut. Ikut orang lah kot. Bagi cik, pantang orang dulu, ada yang bersebab. Kalau sebab dia macam tak boleh terima logik akal, dan takde kena mengena pun, tak yah la ikut.

11. Lampin / Lampin pakai buang


Sekarang lampin pakai buang dah banyak jenis dan kategori murah jugak. Nak cari lampin basuh dah susah dah nak jumpa tak macam dulu. Kalau boleh cik nak la pakai kan lampin biasa je. Tak mau bergantung sangat dengan lampin pakai buang yang ada chemicals tu.

12. Getah pelapik / Changing Mat

Getah pelapik ni yang macam ada bonjol-bonjol tu.Selalunya guna untuk salin baju atau lampin baby. Suka gila dengan getah ni sebab dia berbonjol-bonjol. Hahahaha. Dulu suka main tekan-tekan sebab macam best gila. Siap guling-guling sebab dia sejuk je. Lagi pun getah ni senang lap. Kot la baby terkencing,  terberak ke apa,senang lap, kalau salin atas tilam kan dah susah.

13. Tilam

Tilam untuk baby tidur. Ada yang beli baby cot, terpulang lah. Memandangkan bilik cik terhad saiz dia sebab almari baju dan barang mekap telah menguasai, maka cik pilih nak beli tilam. Alhamdulillah ada kawan nak bagi tilam kekabu sebab anak dia tak nak baring atas tilam. Sedap baring atas tilam mak dia je. hahaha

Jadi inilah senarai yang dikumpul untuk sebelum bersalin dari pengalaman kawan-kawan dengan nasihat orang tua. Senang sikit untuk rujukan korang jugak kot. Tapi kalau ada tertinggal sila bagitau. Kot la cik yang lupa ke apakan.

Selamat membeli belah :)

Photo credit to google


xoxo
idatarmize

No comments: