Wednesday, December 31, 2014

2014 : in memories

 Alhamdulillah.

Dah hampir sampai ke penghujung 2014. Tak sangka betul dapat mengharung jugak. Apa entah bahasa. Hahaha. 2013 dok menangis la bagai kan. Alhamdulillah  2014 berlalu dengan penuh kebahagiaan walau ada cabaran yang melanda.

Awal2 2014 penuh cabaran sebab nak buat persiapan nak kahwin kan. Jenuh la tempah kasut la, baju pengantin la. Cari kerusi nak buat tempat bergambar bagai. Buat goodies sampai nak beertumbuk dengan adik. Hahaha. Rasa kelakar pun ada jugak.
Yang paling cik suka sekali tempat bergambar. Thank u kawan2 cik sudi datang tolong hiaskan. Panjat sana sini pasang langsir, lampu kelip. Tu amoi la yang buat. Anis tolong buat bunga dalam jar. Sebelum tu pun dia siap teman lagi beli barang2 kat IKEA. Best sungguh lah kan. Memang puas hati sangat.

 Alhamdulillah  semuanya  berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz je dah jadi isteri orang. Tak sempat nak feeling terharu ke hiba ke apa. Tiba2 je sah. Misi nak buat perkahwinan yang mudah dan ringkas pun berjaya sebab ayah cik la yang banyak memudahkan kami.

Takde hantaran, takde bersanding. Lepas nikah terus bergambar je lepas tu makan beradab. Dah makan terus menyambut tetamu yang tak putus2 datang.

Terima kasih pada yang hadir.
Alhamdulillah  tak lama lepas tu Allah beri rezeki anak pulak. Dapat beraya dengan keluarga mertua. Berjalan sana sini. Rasa culture shock pon ada walaupun beraya kat Perak je. Hahaha.


Kenangan lain bila negara dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. 

Walaupun tak ada keluarga yang terlibat tapi sangat2 bersedih hati kerana banyak nyawa yang terlibat dan majoritinya rakyat Malaysia sendiri.

Nangis je bila tengok berita. Macam mana lah keluarga nak hadapi kan. Moga Allah lapangkan dada keluarga yang terlibat. Ada hikmah di sebalik kejadian. 

Tahun ni jugak membuat kan cik berani nak join kelas mekap dan buat jugak freelance service. Sebab sebelum ni biasa je makeup, tapi tak pernah la nak mekap kan orang. Cuma tak tau bila mengandung, jadi macam minat sangat2. Join kelas kawan cik, Afidatul Anis yang dah start glemer.

Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
 Sebab apa buat makeup service? Sebab suka gila beli barang mekap. Kalau sendiri pakai memang  berzaman la kan nak habis. Jadi kalau mekap kan orang, boleh beli banyak2 jenis. Hahaha. Pandai tak.

Alhamdulillah. Nasib suami dah bagi green light. Dia kata buat betul2. Jangan membazir. Siap belikan kerusi untuk mudahkan mekap orang. Insya Allah.

Siapa berminat untuk makeup service boleh gi instagram saya : idatarmize atau blog faridatarmize. Apa info ke, pertanyaan ke, nak booking ke, boleh je tanya.

 Dan di penghujung tahun pulak macam semua tahu, pantai timur negara pasti akan dilanda banjir. Cuma pada tahun ini dikatakan banjir terburuk yang melanda negara. Sampaikan sekolah tempat perpindahan pun dinaiki air.

Semoga tabahlah mereka yang menghadapi musibah. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Mungkin untuk hadirkan perkara yang lebih baik, mungkin juga untuk menyucikan diri dari dosa dan noda.

Insya Allah.

Moga tahun depan lebih baik buat diri. Dari segi agama, kewangan, dan keperibadian. Insya Allah.

Selamat Tahun Baru 2015.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

No comments: