Friday, December 27, 2013

Wedding Allergies

Wedding Allaergies

Kejadian yang selalu berlaku dan sering dialami oleh wanita yang semakin meningkat umurnya dan belum bertemu jodoh.

Punca-punca:

Mendapat undangan perkahwinan samada melalui email, FB, atau kad yang di hantar melalui pos.

Tanda-tanda:

1. Menggigil-gigil bila tengok dalam peti surat ada sampul cantik corak2.
2. Mata merah kadang2 terdapat takungan air didalam mata bila tengok nama dalam kad.
3. Mudah marah bila orang tanya bila nak kahwin.

Kesan-kesan:

1. Menyebabkan kemurungan.
2. Mood swing yang melampau lebih2 lagi di hari kejadian.
3. Ramai cedera parah selepas bertanya bila nak kahwin.
4. Menyampah dengan pengantin.

Cara mengubati:

1. Banyakkan berdoa dan mengingat Allah. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan telah ditetapkan.
2. Diperkenalkan dengan lelaki yang sesuai.
3. Pergi wedding dengan kawan2 bujang.
4. Buat tak tahu dengan apa yang berlaki.
5. Belajar doakan kebahagiaan orang, moga Allah akan doakan kebahagiaan kita.

Musim kahwin nak penghujung dah oiii. Banyak jemputan tak tertunai gara2 jarak. Maka kirim duit jelah buat permudahkan majlis.

No comments: