Saturday, October 26, 2013

Taklimat Bajet 2014

Assalamualaikum.

Hehehehe. Tetiba je kan. Orang hangat dok perkatakan pasal Bajet yang baru dibentangkan semalam. Jujurnya cik bukan buat entry nak komen pasal Bajet. Cik bukan orang yang layak nak komen atau ulas. Sebab ada yang lebih faham dah lebih layak lagi dari cik.

Kalau korang dah bukak blog ni sebab nak baca pasal Bajet maap lah ye. Silalah memangkah butang X diatas penjuru kanan (hati pilu dihiris sembilu).

Hehhe..ikut koranglah kan. Cik saje nak cerita pasal hari ni cik gi Taklimat Bajet. Tapi rasanya banyak gambar je kot. Tujuan taklimat ni untuk bagi penerangan tentang apa-apa perubahan yang melibatkan kami.

Taklimat diadakan di Mutiara Grand Ballroom The Royale Bintang, Mutiara Damansara. Jemputan lebih kurang seribu orang dari cawangan seluruh Malaysia.
Unit kami wajiblah pegi. Frontline kot. Dengan Bella Jelita sejak kawin.
Masa taklimat tak berapa nak dengan sangat. Dok pulun nak stadi exam start Isnin ni. Aduhai.

Majlis dimulakan dengan ketibaan VVIP jemputan khas. Kemudian nyanyian Negaraku. Motif apa tah cik cerita. Dah macam buat karangan bahasa dah. Dengan ayat skema tak hengat kan. Ahaks.

Ucapan Aluan oleh YB Dato' Dr Siti Mariyam.
Kemudian YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan.
Dewan yang ada lopong sebab tengah rehat. Pakai fish eye lense. Hehehe
Taklimat oleh Yang Berusaha En. Abdul Aziz Bin Hashim.
Pastu ada pulak sesi soal jawab. Time ni cam hot sikit lah. Sebab ada beberapa pindaan dibuat lebih2 lagi untuk Syarikat. Jadi banyaklah soalan dan penjelasan yang diperlukan.

Lepas tu mestilah aktiviti paling best. Korang mesti tau kan. 

MAKANNNNN!!!

Nasiblah style makan berhidang Dome service. Takyah lah nak kekecoh nak amik makan beratur panjang.
Sup Daging.

Sedap weyyy sup dia. Rasa rempah cukup. Tak masin sangat. Selalunya ada orang buat bila rempah cukup mesti masin. Misteri sungguh. Daging pun lembut je. Rasa tak puas lak. Hehhee


Tudiaaaaa.. lauk dia baq ang. Banyak seyh. Semua sedap2.
Cik pun ikut tips Kevin Zahri. Ambil portion sikit. Untuk elak terlebih kalori dan bagi peluang perut merasa supaya tak la kempunan. Hehehe.cik suka gila ayam masak merah dia. Haihhh..
Last sekali dessert. Fried Banana a la mode. Kalau korang perasan bawah aiskrim (yang cam warne putih bulat tuh) , diorang buat guna dark choc tapi buat bentuk cam tart case tuh. Aiskrim dia taklah manis sangat. Jadi terasa pahit sungguh coklat tuh. Pastu pisang fia dah sejuk sebab lama sangat kat luar kot. Pisang dia kelat2 tapi rangup. Tapi sedap la sebab cik dok cicah kat aiskrim.

Hari ni dok pulun baca undang-undang. Rasa nak pengsan pun ada. Huhuh. Habis pun menaip. Jadi cik nak gi siap2 mandi. Japgi malam pulun lagi.

No comments: