Saturday, October 12, 2013

Makang-makang @ Terengganu

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah selesai sudah misi mengutip fatin. Sila cek blog cik untuk tengok review pasal Terengganu (nampak tak cik sebenarnya tengah mengumpan korang melawat ke blog lagi satu..hahaha..). 

Kalau korang gi berjalan lah kan, apa yang korang akan cari. Lagi2 kat tempat orang. Kalau macam cik kan, cik suka melawat tempat sejarah dan kesenian sesebuah tempat tu. Lepas tuh makanan tradisi. Any special delicacies or local food la senang. Wajib cik merasa. Makin seronok bila kawan2 ramai merata negeri, jadi senang lah nak roger apa makanan atau tempat best patut cuba dan pergi.

Jadi sepanjang di Terengganu cik akan perkenalkan apakah makanan yang wajib beli atau rasa.
Nasi dagang.

Makanan tradisi negeri Terengganu. Sarapan pagi orang Teganu sebelum memulakan hari. Alhamdulillah murah rezeki cik dapat nasi dagang dari kawan cik. Nenek dia dah lama berniaga nasi dagang dan terkenal di kawasan kampung. Alamak cik lupa nama tempat tuh. Nanti cik update. 

Berbeza dengan nasi yang biasa cik makan (beras kaler putih campur perang sket.), kalau versi terengganu beras pulut nasi dagang kaler putih je. Tapi kuah sedaaappppp. Hari ni puasa masih lagi terasa kesedapannya. 
Aiskrim susu kambing

Aiskrim ni agak mengecewakan la. Sebab Tak banyak susu. Macam dia ada campur dengan air. Bila sejuk dia ada hablur ais tuh. Kalau ais krim yang penuh susu, macam ais krim mcdonald tuh. Masuk dalam peti ais macam mana pun takkan nampak hablur aiS dan xmengeras.

Tapiii.. mesti ada tapi dalam kisah ni. Aiskrim ni sedap. Cik pejam mata jelah bab nak kira kalori. Perisa jagung sedap. Kalau vanilla dan coklat tu biasa sangatlah. Aiskrim ni cik makan masa gi Masjid Kristal yang nampak je kecik rupanya besar.

Keropok lekor

Yang ni cik beli dekat area Kg Losong. Rasa dia biasa2 aje. Rasa sedap tak tahu yang mana. Sebab terlalu banyak kedai. Tapi yang rebus punya sedaplah. Ikan banyak. Bila goreng, banyak minyak. Cik dok perah dengan tisu je masa nak makan.
Satay Ikan

Ni memang feveret cik. Rm1= 4 batang. Cik sorang je tibai rm5 = 20 batang. Kuah campur manis pedas. Tapi lepas makan tu macam rasa kesat sket lak lelangit. Nak cari mudah je. Sebab kebanyakan nya jual guna motor. Ada yang antara kedai. Ada yang kat pasar2.
Kacang berperisa.

Kacang ni asal dari Thai. Kalau kat kL setin besar rm10. Tapi kalau kat kelantan atau teganu dalm rm6 setin. Cik macam wajib beli dan kirim lah pada sapa2 yang balik kampung. Ada banyak perisa. Sedappppp.

Keropok Lekor B.T.B

Sebelum balik wajib borong kopok lekor banyak2 stok 2 minggu punya. Kitorang beli kat sini. Kalau orang luar kata kat sini sedap. Kalau tanya orang Teganu kat sini biasa2 je. 

Terletak di selekoh kat area Bukit Tok Beng. Rumah kaler biru. Tapi kalau nak beli sila order sehari sebelum. Nanti sakit jiwa la kalau nak order hari tu jugak. Siap kena amik nombor. Jangan memain kau.

Sebelum balik sempat lagi keluarga cik memborong kuih yang ada. Niat hati nak beli satar bulat. Sekali orang tu tak jual. Memasing frust kemain lah kan. Hehehe. Tapi lempeng dia sedap. Cicah kari. Gerai ni berdepan sekolah Ibrahim Fikri. Ramai jugak yang ke kedai dia. Macam-macam jenis kuih.


Akhirnya. Puas makan. Bila balik rumah pulun kawal kalori semula.

Selamat berpuasa sunat Arafah. Moga kita mendapat pahala seperti berada di Arafah. Jangan lipa pukul 5.10 sampai 8.10 ptg kita berdua kerana dah dekat dengan hari wukuf di Arafah. moga-moga doa kita turut didengari Allah.

No comments: