Saturday, October 12, 2013

Felda Residence KT : percutian guna duit ayah

DAY 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai cik dan keluarga kat Terengganu. Misi kami ialah mengutip fatin yang dah habis belajar. Alang-alang tu haruslah berjalan kan. Ayah da nak belanja. Tak ada percutian yang paling menyeronokkan melainkan pakai duit orang. Pakai duit sendiri memang ala kadar je la kan, pakai duit orang merasa la Dok hotel lawa. Hahaha

Kami bertolak lepas solat Jumaat. Gara-gara si Husna ada exam pulak last minit. Berzaman jugaklah kitorang nak sampai. Kol 8.30 kot sampai. 

Ayah booking Felda Residence hotel sebab dekat dengan sungai. Waterfront feeling u olls. Ingatkan hotel ala kadar. But I was amazed once I walk in to their Lobby at 2nd floor. haaa kau. Keluar english weyy. Punya feeling lah kan. Hahaha. Cantik weyyy. Rupanya hotel baru jugak under Felda Travel.

The Reception Area

Penyambut tetamu yang ramah bersembang. Siap bagI cadangan tempat nak pegi, nak makan dan yang pentingggggg kopok lekor yang best.

The Lobby

Disebabkan malam jadi tak nampak sangat Lah kat luar kan. Tapi Lobby ni mengadap sungai Terengganu yang meriah dengan kapal. Siap korang boleh nampak Masjid Besi, Pasar Payang dan bot-bot nelayan. Nice!!!

So ayah book Executive Suite ada 2 bilik. Tingkat 16 atas sekali untuk bilik2. Sebab tingkat 17 sampai 19 dah ada Brasserie, Lounge dan Ballroom. Tapi bilik kitorang mengadap jalan lah. 
Ruang Tamu
Dapur
Bilik Ibu dan Ayah
Ruang tamu yang menjadi bilik achik..hahahah..
Bilik cik ngan usna.

Setiap bilik ada tv lengkap dengan Astro. Bilik air pun cantik. Sayangnya kat sini tak ada swimming pool. kalau tak awal pagi cik dah sampai dah. Hahaha.

Memandangkan kami semua dah tahap kebulur kan kitorang gi Waterfront jalan kaki je cari makan. Tapi cima Zie's Corner je bukak. Makanan biasa je lah. Takde nak gebang apa sangat. Waterfront betul2 sebelah hotel je. Kalau jalan malam memang tak rasa penat langsung. dalam 10 minit berjalan. Kalau laju dalam 5 minit pun sampai.

So readers, that's all for tonight. Balik makan je kitorang layan The Ring kat tv. Hehehe. esok sambung lagi dengan memacam kerenah.

No comments: