Monday, July 1, 2013

#terjah: Steamboat Antarabangsa versi KAP

Assalamualaikum. 

Dok buat schedule entry je. Sementara tengah rajin kan. Hahha. Lagipun cerita ni agak basi la jugak kan. Sebab cik gi makan ni masa tengah kursus hari tu. Gara-gara kawan cik nak lepas mengidam. 

Sebab hari tu cik ada tunjuk restoran ni. Steamboat Antarabangsa. Lepas tu sepupu tunang dia bawak gi makan kat situ tapi masa tu dia kenyang sangat. Jadi dia tak dapat makan banyak. Tu yang dia ajak lagi sekali nak gi makan sampai puas.

Lepas habis je kelas terus kitorang gi kedai tu nak buat booking. Takut ramai kan. Hahah. Memasing tengah puasa lak tuh. Memang meronta2 je lah perut. Lepas maghrib baru kitorang grak gi kedai tu. Sampai sana tak ramai pun. Mungkin harinkerja kot tu yang tak ramai langsung.
Memandangkan tak ramai orang, memasing buat macam restorang bapak kitorang la kan. Dok amik makanan tak hengat. Tapi untuk pengetahuan, kalau membaxir diorang akan cas 100gm = rm10. Jadi sila makan habis okehhsss. Tapi cik tak sangka lah kan, member2 kap ni memang perut tong punya. Banyak kot kitorang makan. Belum kira kitorang rembat marsmallow banyak2.  Hahaha.

Malas sangat nak cerita kan. Sebba gambar makanan lah yang korang patut tengok. Hahah.

Pada sesiapa yang berminat nak gi kedai ni belakang Oldtown White Coffee Bangi. Sebelah je Wong Solo. No tepon dah tukar tauuuu. Hari tu cik call orang indon yang jawab fon tuh. Ini no yang baru 0172403117. Sekepala rm27. Kalau lebih dari 10 orang dalam 22-25 tak silap cik. Kalau korang nak makan steamboat buat lepas gian, tapi tak mampu nak gi Seoul Garden, meyh datang sini.

No comments: