Wednesday, June 19, 2013

#Trip : Janda Baik

Assalamualaikum semua.

Dah sebulan lebih kot trip gi Janda Baik berBBQ bersama ofismet ni. Kitorang gi 1 mei masa hari pekerja . Mana lah tak berzaman. Waktu rajinnya tak mandang pun. Hahahha.

Tanpa melengahkan masa mari tengok gambar dan baca entah pape cerita. Skang ni blogspot mobile apps da update. Jadi boleh le nyusun gamba. Tapi, jenuh jugak la. Sebab kene taip dulu atau upload gamba dulu baru boleh update. Kalau tak memang gamba tu tak boleh bergerak ke mana-mana ikut suka hati. Dia masih mengikut suka hati bolg mobile apps sahaja. Hahahha.

Kami bertolak lepas kerja nuh. Memasing muka eksaited habis nak gi berehat.kalau dah 4 orang perempuan naik satu kereta, memang wajibul ghunnah la ambik gamba comel ramai2. Jadi sila pasrah. Masing2 masih kosong. Boleh pilih..hahahha.
Perjalanan yang mengambil masa tak sampai sejam ni memang dihabiskan dengan mengambil gambat. Gambar muka sendiri, gambar kawan2, gambar kereta kawan, gambar pemandangan, segala jenis gamba lah. Tapi cik malas la nak upload. Kang ada pulak yang muntah hijau biru kuning mambang air kang. Masalah jugak tuh cik dipersalahkan.

Bila dah sampai ke Chalet Kobaik, Janda Baik ni, kitorang terus la masuk bilik memasing. Tak ada nya nak mandi. Tukar baju untuk BBQ solat segala bagai. Kang mandi pastu pakai baju lelawa pun tak ada makna kalau melekat bau asap makanan. 

Makanan disediakan oleh errrr Sally dan Joe. Kira depa ni ketua projek la. Kami ni anak buah tak sedar diri tau pi nak enjoy ja. Hahahhaha. Ayam di marinate oleh mak Joe. Nasi goreng cina dimasak tung-tang-tung-tang oleh Chef anis sudess di bantu oleh cik. Cik sipi2 manusia ja dalam cerita nih. Hahhaha.

Tu dia lentik badan bang long siap jelingan manja nak bagitau punya sedap dan banyaknya makanan kami malam tu. Sampai kenyang habis lah. Itu pun cik tak larat nak makan. Ada mushroom soup, garlic bread, bbq ayam with black pepper sauce, jagung bakar, hot dog bakar, salad, nasi goreng cina.

Banyak gila sampai la ni perut cik kembung lagi. Heheheh. Lepas puas makan, diorang dok sambung main game pulak. Buaya- biawak lah. Lepas tu truth or dare lah. Masa ni cik Memang dah mamai gila. Jadi cik masuk bilik lah tidur.


 Esoknya cik bangun awal pagi kot. Eksaited punya pasal nak tengok sungai. Bangun je bukak pintu puas hati. Dengar deruan air sungai rasa damai sungguh. Dah lama tak rasa feeling damai kan. Ye lah cik pepagi buta dah redah jam kat KL nak gi PJ. Mana lah tak rasa damai kan.

Kitorang all the girls ni jenjalan lah kat sekeliling nak tengok apa ada kat sekeliling chalet kami. Rupanya dekat je dengan D'Ark Resort. Rasa cam seriau je masa lalu 
Lepas tu mommy Sally sudah panggil suruh sedia breakfast lah. Jadi kami adik beradik pun larilah terkedek-kedek pi tolong mami masak. Kang tak dapat mandi sungai. Hahahahha.

Lepas dah puas makan kan, pe lagi. Masa untuk berjimba-jimba dalam sungai la. Sejuk gila sampai menggigil kot. Memang cik dok je kat satu tempat. Dengan hujan renyai2 lagi. Sejuk woooooo..tapi tak puas lak mandi. Hahahha.
Masa kitorang tengah mandi manda tuh, tetiba mommy Sally mesej tanya nak gi Genting Strawberry Farm tak. Kami apa lagi. Memang siap2 la nak gi sana kat. Nak gi Cameron tah tahun bila pulak kan.

Tapi sebelum balik wajib amik gambar dulu. Siap lompat2 lagi.

Bila sampai kat strawberry farm, wajibul ghunnah jugak bergambar. Sebenarnya banyak je gambar. Tapi ini je gambar yang simpan dalam fon. Yang lain banyak dah transfer. 

Cik di lavender's field. Feeling obersi sangat kan.
Dengan gadis2 jelita. Ramai masih kosong. Jadi boleh pilih. Hahahha.

Terima kasih la ofismet sudi jemput cik berfoya-foya dan berjimba dengan korang. Cik tau cik ni baru lagi. Nak bermesra pon mesti korang cam tak senang sangat kan. Jadi cik seronok sangat walau pun cik dah gemuk semula sebab banyak makan.. hahahha.

P/s: banyak lagi entry nak update. Tapi sebab apps blog ni cam gila dan menyusahkan. Dah 3 kali cik cuba upload entry tapi ada je gambar hilang. Tension.

2 comments:

Arfah said...

Salam Cik Kedondong.

Nice page.

Chalet Kobaik tu dari segi kebersihan macam mana? Tandas & bilik...ok ke?

Terima kasih.

www.alittleparadiseofmine.blogspot.com

farida tarmize said...

Salam arfah,

Bilik cantik, tandas cantik dan bersih. Memang betul2 depan sungai. Bukak sliding door terus nampak sungai.

Overall memang puas hati lah.