Sunday, May 19, 2013

#Trip: Perhentian Island

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah akhirnya timbul jua sifat kerajinan dalam diri ku yang sekian lama terpendam nih. Banyak sangat isu yang imbul. Nak gi Perhentian ni pun sebenarnya ada isu. Tapi layan je lah kan. Nak cerita pasal trip pergi Pulau Perhentian yang dah nak dekat 40 hari berlalu dah pun. Huiihhh.. tu kalau tinggal rumah mau berpenghuni baru tuh. Hehehehehehe *gelak scary sangat kan*.
Disebabkan cik hapdet guna henpon kan, maka gambar haruslah di bawah dan berterabur ikut suka blog ni je. Padahal cik dah susun ikut sepatunya kot. Jadi pandai-pandai korang lah nak mentafsir. Dan kebanyakan gambar pulak datang dari instagram yang cik dah upload. Hapdet ni sekadar nak cerita pasal kos dan pengalaman bagai. Hehehhe..
Hari 1:
Hari 1 cik bermula dari jumaat malam. Habis kerja cik terus kutip kawan cik kat umah dia kat pantai dalam. Lepas tu terus shoot ke penang berkumpul dengan kawan2 yang lain. Dalam pukul 12.30 gak la kitorang sampai penang. Penat wooo..
Sampai je penang terus shoot ke kuala besut melalui grik dan kelantan. Sempat singgah kat hentian rehat Titiwangsa. Kawan cik la cakap. Kalau diorang tipu, sila bagitau cik, biar laju cok terajang. Hahaha.. siap singgah kelantan makan pagi laksam. Puas makan laksam originated dari kelantan gituhhh..
Dah puas makan, gi tumpat jap, amik adik kawan cik. Penat seyh. Sampai kat jeti dalam pukul 11 pagi. Tu pun settle hal bot gi jalan cucuk duit segala bagai.
Bot dalam pukul 1 petang, Alhamdulillah cuaca tak panas tak hujan. Just nice. Tapi ombak boleh tahan jugak. Lepas tu naik pulak bot laju saiz kecik, maka melambung2 lah kami macam naik roller coaster. Nasib lah cik jenis susah nak mabuk. Jadi memang enjoy sangat la kan padahal member2 lain dah menjerit-jerit. Hahahha..
Kami menuju ke Perhentian Besar sebab cik stay kat Samudra Beach Chalet. Perjalanan dalam 45 minit dari jeti. Fuhhhhh.. nasib tak muntah. Hahha.. dah sampai chalet rehat2 solat lepas tu tibai makan nasi pulak. Nasib tak makan sebelum naik bot. Kalo dak mau termuntah-muntah. Hehhe. Makanan memang puas hati. Kenyang sedap. Lepas tu kami jenjalan je la kan tepi pantai. Malam makan sedap pulak. Punah diet.
Perhentian Besar ni sesuai untuk mereka yang suka kan kedamaian. Kalau suka yang happening sikit kena stay kat Perhentian Kecil lah. Hehehe.
So overall hari pertama 13 April cik tak buat aktiviti melainkan travel-makan-jalan tepi pantai-tidur.
Hari 2:
Hari kedua bermula dengan hujan renyai-renyai dipagi hari. Sejuk wooooo.. memang rasa puas je bangun tidur. Tapi nak ngejut bebudak lelaki ni memang jenuh la kan.
Jadi kami siap-siap pakai baju nak snorkeling lepas tu gi makan dulu. Sambil tu tunggu bot yang bawak kitorang ni sampai. Hehehe. Makan pagi nasi lemak. Siap kitorang berdoa moga2 tak hujan. Sebab cuaca redup sangat tak ada matahari pun. Angin pun sejuk je rasa.
Bila encik driver bot datang dia bawak kami gi training snorkeling dulu kat area mana tah. Dia ajar macam mana nak pakai, nak bernafas, nak terapung, nak bergerak. Memang puas hati la. Dia ajar sampai pandai kot. Bila dah pandai baru bergerak ke 5 tempat snorkeling yang wajib.
Tapi sayang sangat sebab malam nya hujan, jadi air laut keruh. Itu pun siap hujan renyai-renyai. Tapi tidak mematahkan semangat nak snorkeling. Setakat hujan renyai2 pedehal la sangat. Tapi nampak jugak la ikan kan. Cuma ikan yu je dia tak nak naik. Dia berenang kat dasar je la. Heheh.
Kami snorkeling dalam 5 tempat; coral area, shark area, pastu apa tah lagi. Cik pon lupa. Kira ni kawasan marin la. Kena bayar rm5. Tu tak masuk tambang bot ke apa eyh. Nanti cik akan upload lagi gambar2 bila dah ada komputer. Kami habis snorkeling sampai la pukul 1 petang.
Sampai je kat chalet tak masuk bilik pun, terus makan tengah hari pastu naik bot balik gi ke Long Beach Perhentian Kecil. Dok lepak2 kat sana lak. Patut la orang kata Perhentian kecil ni best, ada beach bar yang meluas dan cuci mata melihat half naked minah salleh. So melepak makan sampai lah pukul 6.30 petang lepas tu balik. Malam aktiviti makan malam pulak tapi dapat BBQ. Lagi sekali kenyang makan. Kenyang perut suka hati tidur.
Hari 3:
Hari ketiga, kami dah bersiap balik pulak. Bot kami pukul 8 pagi. Jadi kena siap2 cepat dan makan pagi. Sampai kenyang baru naik bot. Nasib kali ni bot besar jadi tak delah melambung2 sangat kan. Hari ketiga ni tak adalah aktiviti sangat. Sampai jeti je terus cari souvenir. Untuk budak2 ofis.hehhe.
Baiklah. Nanti cik update lagi gambar. Mari bercerita tentang kos.
Tempat: Samudra Beach Resort & Chalet.
Kos: RM260 seorang.
Termasuk - tambang bot pergi balik, penginapan di chalet, snorkeling set, makan 2x makan pagi, 2x makan tengah hari, 2x makan malam.
Cuma marine park kena bayar rm5 sahaja.
Itu adalah kos untuk pakej termasuk penginapan. Kalau jenis backpackers, ada je dia offer bilik dan lepas tu snorkeling ke apa. Jadi kena pandai2 lah korang pilih. Kat Perhentian Kecil banyak lah offer camtuh. Kalau korang jenis kaki redah boleh je gi sana.
Nanti cik upload gambar lagi eyh?

1 comment:

Salwa said...

cantik..

tak pernah pergi lagi..

nanti jemput singgah & follow my blog juga ye
http://sascima78.blogspot.com/

terima kasih..
salam perkenalan