Sunday, April 7, 2013

PKP: Pekerja Hebat, Menjuarai Perubahan

Assalamualaikum

Lama gila nak update sampai lupa terus. Kebetulan bila masuk nak cek, ada rupanya draft. Nak tulis apa pun dah lupa. Huhuhu.

Ni sambutan tak tau sempena apa. Heheh. Kami di PKP telah mengadakan satu ceramah or tazkirah dengan menjemput Ustz Ahmad Termizi bin Abdul Razak. Ejaan dah sama macam ayah cik dah. Heheh. Selain dari itu turut mengadakan sambutan hari lahir untuk mereka yang lahir dalam bulan Januari, Februari, dan Mac.

Cerah ni agak menarik. Tapi sayang sejam je masa. Padahal apa yang nak diterangkan tu bagus. Dengan tajuk 'Pekerja Hebat Menjana Perubahan', banyak tips dan ilmu dikongsi dalam menjadi pekerja yang bukan sekadar cemerlang di dunia tetapi cemerlang di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah. Mai cik nak kongsi sikit.

Ciri ciri asas pekerja hebat:
1. Kemurniaan jiwa
2. Dekatkan jiwa dengan pencipta
3. Qiyamullail
4. Redhalah dan bersyukurlah
5. Amanah
6. Adil dalam memberi dan berbudi

Ni antaranya lah. Banyak lagi yang boleh dikongsi. Dengan penyampaian  bersahaja, memang seronok la. Dok bergelak ketawa bagai. Turut hadir penolong pengarah cawangan petaling jaya. Hehehe.

Perghhhh..serabut je cik menulis sebab macam idea hilang tanpa dapat dicari. Dah agak lama jugak majlis ni kan. Jadi macam nak recall balik tu memang payah. Tapi hapdet jugak. Nampak tak gediknya disitu. Tak nampak? Bagus. Sila pandamg tempat lain.

No comments: